29.1.10

AHLI SUKAN

kalau kamu tanya siapa ahli sukan yang terhebat dewasa ini, dengan pantas aku menjawab roger federer. mungkin ramai akan kata tiger woods la, lionel messi la, eh .... kau apa hal kata steven gerrard? mabuk apa?

pasal apa aku bilang federer, bukan woods? ia tiada kena-mengena dengan pendedahan skandal seks woods. shhhh .... (sebenarnya ya). orang kata kisah peribadi jangan dicampur dengan kehebatan woods di ranjang .... eh, padang. apa aku kisah! nak jadi idola kena le tunjuk contoh teladan yang baik, di dalam dan di luar bilik tidur ..... wei, sasul lagi. maksud aku padang.

dewasa ini, manusia tak peduli dah sama ada individu tu kaki perempuan, kaki laki (apply kepada wanita dan lelaki), kaki botol atau kaki dadah. yang penting, dia ada sesuatu yang bagus dan menarik. contohnya :-

tiger woods - pandai swing kotei ... eh, kayu golf. ahli sukan paling kaya di dunia dan dijangka memenangi paling banyak kejuaraan.
adrian mutu - pandai main bola dan picagari (eh, dia cucuk ke, sedut atau menggunakan aparatus yang lain? lantak kau lah!)
george best - kaki golek dan juga kaki tonggang.
dennis rodman - penuh tatu dan kaki berpoya-poya yang pandai main bola keranjang dan agaknya hebat di ranjang.
anwar ibrahim - bakal PEE m dan kaki masuk mahkamah kes sodom (ini bukan nama band metal tapi suatu perbuatan terkutuk yang dilaknati ALLAH swt).

eh .... nama last tu pesal masuk list? dia bukan ahli sukan? kira foul ni.

ala, kalau betol tohmahan dan tuduhan tu, kira ahli gusti apa? kamu lupa apa mahkamah persekutuan kata waktu lepaskan dia dulu? mahkamah bilang, beliau dilepaskan bukan kerana dia tak buat seperti yang dituduh tapi ada masalah teknikal sikit. eh... macam tu ka? sapa punya kerja ni sampai timbul masalah teknikal? bahaya.....

oleh itu peminat sukan sekalian, sebelum kamu memilih idola kamu masing-masing, fikirlah ...

MERIAM BULUH PECAH LAGI?

minggu ni, hari ahad to be precised, berkunjunglah red devils ke pejabat pasukan meriam buluh terbesar di dunia. jangkaan aku, man utd akan buktikan kemenangan di OT tempohari bukanlah suatu fluke.

sok sek sok sek dah berbunyi. gendang perang dah dipalu. peminat kedua-dua pasukan dah excited nak tengok siapa yang akan kena. aku rasa the gooners tak tidur malam dah ni, mungkin ada yang mengigau dan meracau-racau. kasihan!

kalau dulu diaby menjaringkan gol sendiri (dengan cara tersendiri) yang paling cun musim ni, prediction aku, man utd menang mutlak dengan jaringan pemain sendiri. tanpa ehsan (atau kebodohan atau kecuaian atau kemarusan) pemain lawan. walaupun FA Inggeris cuba menolong team meriam buloh dengan menggantung ferdinand 4 perlawanan.

dan selepas tu, adik aku pasti tak akan sms atau call aku kurang-kurang 2 minggu. aman hidup aku dari melayan angan-angan dan cakap-cakap murahan depa tu.

form nampak baik. rooney nampak tengah atas lagu (on song). nani menampakkan potensi sebagaimana yang diharapkan. aku juga bermohon agar pemain-pemain kepak man utd, sama ada di barisan pertahanan, mahupun tengah akan memperkotak-katikkan fullback team meriam buluh.

jangkaan aku : arsenal 1 (fabregas) man utd 2 (wayne rooney 2 biji).

28.1.10

PANG DAN GOH

siapa minat guns & roses pasti mengenali pemain gitar utamanya bernama slash. malam ini aku tuduh dia ciplak gaya encik pang ah man. guru fizik masa aku tingkatan 4 dan guru matematik moden aku tingkatan 5 yang juga pandai bermain gitar. gaya meletak sepuntung rokok di bibir sambil memetik gitar adalah ciptaan guru pang. tak malu betul slash!

guru pang jugalah orangnya yang telah memusnahkan impian aku bila aku percaya sungguh-sungguh pada kata-katanya. encik pang berfatwa, pemain bolasepak di malaysia tiada masa masa depan di negara tercinta ini. begitu teruknya keadaan bolasepak negara masa tu sampaikan mr pang boleh menyimpulkan sebegitu. sebaik selesai berkata sedemikian, darjat aku telah dinaikkan dan aku diminta berdiri di atas kerusi. sungguh indah pemandangan kelas 5 sina dari sudut aku berdiri dan mahu tidak mahu, aku tak mampu melelapkan mata. rugi masa tidur aku pagi tu.

orang tuduh bangsa cina ni tak akan tolong bangsa melayu. kamu silap. ini adalah perbuatan generalization yang bias. bukti aku ialah guru matematik tambahan tingkatan 5 aku. encik goh lian kee telah memaksa aku memasuki kelas tuisyen free nya pada setiap petang rabu. mana ada guru melayu yang buat kelas tuisyen masa prep petang? malangnya, aku tak pernah sempat berterima kasih kepada dia. mungkin pasal aku gagal dengan cemerlang dalam subjek tu. masih berangan nak jadi arkitek? apa dayaku, aku percaya kata-kata pang ah man, main bola tadak future.

kalau tidak aku percaya jersi nombor 4 red devils akan menjadi milik aku. anak melayu pertama menjadi pemain kelab liga inggeris. aku akan dapat anugerah membawa gelaran tan sri, paling koman dato seri. dan 1 jalan di sitiawan akan diberi nama aku. perghhh, famous macam park ji sung di korea tu. dan aku juga yakin, aku akan menjadi pemain pertama yang mematah riukkan kaki fernando torres yang perasan jambu tu. matila kau!

jadinya di malam jumaat yang mulia ini, instead of membaca yasin, aku sedang sibuk mencari lagu-lagu GNR pula. bodoh!

27.1.10

BATU 2

rob halford bernyanyi "some heads are gonna roll". dia ulang sekali lagi "some heads are gonna roll".

kepala gua berangguk-angguk sikit. kalau lebih-lebih nanti orang akan kata "gila apa orang tua ni, angguk-angguk kepala dalam kereta". tak pun depa akan kata "tak sedar diri, dah tua-tua masih nak banging." aku bukan apa, kesian kat depa dapat dosa kering pasal umpat aku.

bagi aku album defenders of the faith memang best. aku tak mampu nak berfatwa bahawa itulah album terbaik priest pasal selain album tu, aku cuma pernah dengar album turbo lover dan beberapa lagu dari album-album lain.

apesal le sekarang ni tak de lagi lagu-lagu yang bagus. it goes the same to metallica and u2 yang album terbaru kedua-dua band tu aku cuma mampu dengar 2-3 kali dan kini terperuk mcam tu saja.

rock lama still rules!

40

aku ingin hidup sampai usia aku 40.

kenapa?

supaya dalam masa 2 tahun ini, aku bisa berbuat yang baik-baik sahaja dan meninggalkan segala kemungkaran. aku boleh programkan apa amalan yang hendak dibuat dan bagaimana nak mengumpul saham yang baik untuk aku meniti siratul mustakim dengan selamat. itu rencana manusia yang mungkin nampak sangat molek.

ada orang merancang dengan amat teliti dan berhati-hati nak menjadi perdana menteri. akhirnya jadi bekas timbalan perdana menteri. ada orang merancang nak jadi perdana menteri bila mencecah usia 40 tapi semakin hari semakin kelam, sekelam warna kulitnya.

tidak bodoh untuk merancang benda yang baik-baik tetapi amat bodoh jika beranggapan ia pasti tercapai.

tiada yang lebih berkuasa selain KUASA itu.

HITAM PUTIH

aku terbaca ada suatu projek mega di setiu. kononnya syarikat terbabit yang dikenali sebagai BAB(i) telahpun menyediakan laporan impak alam sekitar selaras dengan kehendak undang-undang. kononnya laporan tersebut mengesahkan tiada apa-apa impak akan berlaku kepada alam sekitar di kawasan terbabit.

projek ini membangkitkan kebimbangan nelayan-nelayan dan mereka yang bergatung hidup dengan hasil alam di kawasan itu. mereka khuatir jika projek tersebut dilaksanakan, ia akan merosakkan alam sekitar dan seterusnya mengancam sumber kehidupan mereka. anal-is-a ni betulkah? tepatkah? kedap air kah?

kalau kamu peminat sukan bolasepak terutamanya liga inggeris, setiap minggu akan dipanggil pundits dan mereka ditanya tentang keputusan perlawanan mendatang, masing-masing akan mengagak garis jaringannya. berapa banyak yang silap? ada kata liverfool menang, padahal hanya seri 0-0.

mereka akan berkata, tiada kajian saintifik dibuat. hanya tekaan mengikut kepandaian (atau kebodohan) mereka. sedangkan EIA atau laporan impak alam sekitar ini disudahkan dengan kajian terperinci berlandaskan ilmu saintifik yang sangat tinggi. semua yang terbabit adalah pakar belaka.

maka dengan sinisnya aku berkata.

duit boleh menyebabkan manusia berkata putih adalah hitam.

KELAM

pengerusi PAC iaitu bekas menteri dan ahli politik membuat kenyataan, tiada pegawai atasan terbabit dalam kes kecurian enjin-enjin jet pejuang f-5e. salah-seorang ahli PAC kemudiannya memberi komen betapa PAC tidak pernah membuat rumusan sebegitu. sebaliknya ia adalah kesimpulan yang dibuat oleh pengerusi semata-mata.

azmi, hang dok senyum-senyum teringat kat mala kot, sampai tersilap membuat cerapan dan anal-is-is. kalau aku, aku jadi macam pak kadok... malu besaq wo. abih terlondeh nampak pisang dan jantung pisang.

awat jadi lagu ni?

depa ni apa kisahnya meraban tak tentu ke hala?

macam tak dak arah tujuan,

pelik jugak. enjin jet yang dah tak beroperasi berega RM300,000 sebijik.

agak-agak kalau aku juai enjin proton saga arwah pak aku, berapa ringgit buleh dapat?

BILA

walaupun aku dah tak berapa suka nonton sukan tenis di tv, aku merasa kagum dengan 2 pemain wanita daripada china. buat pertama kali dalam sejarah grand slam, 2 orang pemain mereka memasuki pusingan separuh akhir. mungkin china dah berjaya melahirkan pemain tenis yang bagus dan bertaraf dunia.

jika dilihat kepada sukan badminton, lee chong wei dah agak lama menduduki persada ranking pemain terbaik dunia. buat pertama kali minggu lalu, chong wei berjaya menjuarai 2 kejohanan berturut-turut. bermula di korea dan menyusul di malaysia. tapi aku rasa belum cukup pasal lin dan tak datang kedua-dua kejohanan tu. seingat aku, chong wei menang dengan lin dan di swiss open tahun lepas. yang lain, kalah belaka.

selepas chong wei, sapa lagi pemain perseorangan malaysia?

thomas cup akan datang ke malaysia pertengahan tahun ni. adakah kita akan mengekalkan label jaguh kampung atau tersungkur? kali terakhir menang, kita ada rashid dan kok keong, serta beregu razif-jalani (yang kalah masa final) dan soon kit-beng kiang (yang memenangkan malaysia). apa dah jadi dengan pemain single kebangsaan? baru-baru ni muncul beregu baru pula. adakah rexy buat kerja, manakala coach single cuma kerja?

kali terakhir kita menang thomas cup, aku hampir dihalau keluar daripada rumah sepupu aku pasal aku sengaja cucuk depa dengan menyokong indon. tapi bila point terakhir diperoleh, aku la yang paling kuat menjerit gembira.

bila lagi?

BODOH

apa nak jadi ni?

bakar church, baling batu kat sekolah convent, tuang cat. lani dah ada kapala babi kat area mesjid.

pelampau-pelampau yang melampau ni nak kena tampau kot?

kamu tak merasa mei 69 jangan cuba bermain api atau dengan kepala babi.

kepala kamu putus nanti, tak dapat disambung oleh doktor atau misi. kalau mati, belum tentu masuk syurga tau!

nak perang sangat??? pegi old trafford pagi nanti.

bodoh macam keldai, sial macam babi!

26.1.10

BUKUMUKA

aku hairan.

yang banyak meng upload foto seksi ke dalam facebook ialah orang melayu.

apa tujuan depa ni?

aku nak kena tanya taiko NV kot-kot dia tahu. tapi sekarang aku kena berhati-hati dengan taiko NV pasal aku belum mencipta alliance dengan stone resolution. kalau apa-apa terjadi, tak de orang nak protect aku. bab-bab bertumbuk ni aku benci, nanti lebam muka tak hensem aku, bertambah buruk paras rupa. aku lari jauh-jauh ... lariiiii.....

berbalik kepada isu teras. kenapa? kenapa?

nak aku tanya diaorang sendiri, sifat melayu yang pemalu masih tebal dalam diri. kang kena maki di alam maya, malu juga.

ROCK LAGI?

motley crue.

taiko NV suka band ni. pernah rambut ala-ala nikki six. aku mungkin suka tommy lee kot, pasal pernah tengok video klip dia dengan pamela anderson. huhuhu ... itu dulu, di zaman kegelapan. lani dah terang, paling dahsyat aku tengok cuma adegan romen-romen dalam drama melayu di tv. tapi kalau kau pernah tonton konsert motley crue, tommy lee punya pukulan gendang kira ok gak. terutamanya masa lagu red hot.

aku suka lagu red hot. pasal ada perkataan red kot. ala-ala red devils yang hot tu.

cuma satu aku tak suka pasal motley crue. cara depa dressing dan make up. macam pondan! penangan glam rock le nih.

sekarang berkumandang lagu too young too fall in love yang sumpah aku tak hafal liriknya. tapi lagu ini aku pernah tujukan kepada secret admirer aku masa rejek approach dia. cis! baru form 3 dah gatal nak bercinta. apa kes? aku nak belajar masuk universiti selepas kecewa dalam spm dan terpaksa pegi beli uniform sekolah balik. sungguh tak seronok memakai pakaian seragam dan clocked in dan clocked out 7.45 pagi hingga 1.30 setiap hari. aku nak pakai tee dan jeans! baru rock!

shout at the devil!

TEMPAYAN

kata jose mourinho, walau bermain dengan 7 orang, inter tetap akan mengalahkan milan dalam derby terbaharu mereka. cuba kamu tanya pengurus pasukan leeds yang mengalahkan man utd di dalam saingan piala FA tempohari. sudah pasti dia tak mampu mengeluarkan kenyataan yang bega dan belagak sebegitu.

kenapa?

kerana ia hanya suatu keputusan pada suatu perlawanan. bukan mencerminkan kekuatan pasukan sendiri atau kemampuan mereka bersaing di liga teratas pada kelompok pencabar liga setiap tahun dalam tempoh melebihi sedekad.

jose pernah berkata "we didn't lose, we just didn't get any point" ... sort of. semantics? denial? katalah apa sahaja tetapi dia membawa 2 kejuaraan liga kepada kelab yang dulunya perasan dengan brand sexy football atau dipenuhi bintang-bintang dari liga itali yang hampir pencen serta sangat mediocre dalam pencapaian kedudukan liga.

kamu mungkin kata, dia mampu melakukakannya kerana kekayaan abramovic. quieroz gagal di real madrid. avram gagal di chelsea. mark hughes gagal di manchester city. apa lagi?

renungkan apa seorang pengurus yang bagus boleh lakukan kepada pemain dan pasukannya.

kalau fergie pergi, dan jose ingin sertai, aku setuju.

biar detractors dan pengkritik red devils lebih angin di luar sana. dahla man utd kelab hebat, pengurusnya pulak mempunyai mulut sebesar tempayan.

25.1.10

BATU

petang tadi hingga sekarang kini, aku mengimbau lagu-lagu rock ringan tahun 80an dahulu. sewaktu aku baru naik nak kenal dunia dan ranjau yang datang bersamanya.

van halen - why can't this be love, love walks in.

twisted sisters - the price, i believe in you.

def leppard - love bites, miss you in a heartbeat.

perghhh... jiwang!

time seems to have been frozen but the mind can be fooled.

wak kg baru (dengan izin guna nama wak lagi), sangat sukakan twisted sisters pasal dee snider pakai lipstik kot. hahaha ...

rock n roll 80an nyata lebih bagus dan baik daripada rock bingit sekarang. esok aku nak cari lagu-lagu motley crue pulak.

JUAL LAGI

ada banyak utang?

momantai.

rooney 40 juta, vidic 25 juta, nani 15 juta, carrick 10 juta, anderson 12 juta, tosic 7 juta, berbatov 20 juta. eh, lagi baik jual semua sekali. pakai pemain dari akademi. gaji pun murah, berapa ribu pound sterling je sebulan. ambik rajagopal jadi manager, berapa ringgit malaysia je sebulan. oh ya, OT pun boleh dijual juga.

masih tak cukup?

aku jual je glazers ni kang!

agak-agak sapa la nak beli glazers ni kan? macam hikayat ali baba bujang lapok. khadam yang nak dilelong melelong tukang lelong. lelong lelong .... kata jamal pak tongko, jual orang lagi untung daripada jual unta. ya habibi, ya maulana, apa mau jadi dengan ini dunia? wowwwww! saudagar unta ketawa, he he he ....

saya pun ada ingat ini bisnes model sangat baik. kelab tak menang piala tidak mengapa, yang penting tuanpunya kelab untung juta-juta. apa dia lupa? kelab menang banyak piala kasi masuk wang juta-juta juga. cilakak wak!

kau tengok apa sudah jadi kepada bahasa aku? macam keling mabuk minum todi atau melayu mabuk minum brandi je aku tulis. gara-gara tak mau guna bahasa bombastik. aikkkk ... salahkan orang lain lagi? ya, sebab aku melayu.

itu hari dalam kereta aku sudah dengar lagu cerita kedai kopi. wow! dia sebut hayati banyak sedap "hayatei".... wei, banyak syoklah. dulu aku ada dengar anuar pak zain sebut yang "jang". ala-ala indon le plak. bedallah! kata orang, bila melibatkan lagu, tak kiralah ada imbuhan atau tidak atau macam apa cara nak sebut, bantai saja.

JUAL BELI

kata orang cinta tak boleh dijual beli.

begitu murni konsep dan prinsip percintaan dulu-dulu.

sekarang kau bisa beli apa saja.

majikan aku bilang mak bapak je tak boleh beli. aku tidak setuju. dua-dua bisa dibeli. tak lama lagi segala benda di dalam dunia ini akan dijual beli. sama ada on line atau secara terus. mungkin juga melalui bidaan atau tender, termasuk nak booking tarikh mati dan tarikh resurrection.

seronok bukan hidup di akhir jaman ini?

semalam aku nak beli cd chumbawamba. aku order 2 biji dalam 1 shipment. pagi tadi depa email kata dah hantar 1 dan 1 lagi menyusul kemudian tanpa bayaran tambahan. aku nak tengok bil bila dah sampai nanti. kalau ada caj tambahan, aku sula depa macam cerita semerah padi.

aduh ...

24.1.10

SEPARUH DAN SETENGAH

separuh hati aku tertinggal di kampung.

setengah lagi aku bawa ke ibukota.

untuk mencari rezeki. melangsungkan baki-baki hidup. menempuh cabaran karier dan berumah-tangga.

separuh otak aku tertinggal di dalam jamban.

setengah lagi telah masak bagai telur direbus 3 jam.

macamana nak berfikir? mana lagi nak nak siapkan kerja? orang tak berotak, sama seperti lembu meragut rumput atau kucing menjilat bontot sendiri.

separuh masa aku telah hilang.

setengah lagi yang baki juga akan hilang.

apa nak jadi? mana nak pergi? pulang ke kampung mencari hati? masuk jamban mencari otak?

SUWEI

tadi gua di rock corner.

gua membelek-belek cd. gua nampak ada cd stone roses. harga? RM81.90!!!! cilakak! ada 2 cd tapi lagu-lagunya lebih kurang sama. apakesejadah! nak untung pun jual la patut-patut. hanya dengan masukkan beberapa klip konsert atau musik video dan beberapa versi lagu yang sama, baik tak payah!

gua tanya tolong order cd chumbawamba boleh? dia kata boleh, tapi mahal. berapa mahal? lagi mahal daripada cd stone roses tadi. berapa lama? lama jugak. ceh! baik gua cari dalam amazon ka apa ka.

orang kat malaysia ni tak de taste musik ke?

asyik melayan main stream. yang ada video musik panas-panas. atau selalu dilacurkan di mtv.

alamak!!!! yang ada vinyl je. suwei...

KEMPEN

ada kempen anti beli barangan israel.

aku hampir terjatuh daripada kerusi. bagus, bagus .... kalau bagus kenapa hampir jatuh kerusi? pasal depa nak boikot sesetengah je barangan yang ada kaitan dengan yahudi. lain-lain lagi tu nak buat ke benda? layan jugak la kot? kalau nak boikot semua, jadi sakai balik le kot? eh ... banyak benar soalan ni?

selemah-lemah iman ialah membenci di dalam hati.

dalam dunia ini, kempen anti semitik yang paling terancang dan berkesan ialah apa yang dikenali oleh dunia barat sebagai "the final solution". sekarang ini, semua orang membenci dan mengutuk perbuatan yang berlaku lebih 50 tahun dahulu di negara bernama jerman itu. kenapa agaknya? apa bedanya dengan kempen pembunuhan etnik yang lain-lainnya? kenapa peristiwa itu tidak dikenang, diingati dan dikutuk setiap tahun?

halus.

bagai menarik rambut di dalam tepung. rambut tak putus, tepung tak tumpah.

23.1.10

ULASAN (LARI) LARI

misi menduduki persada liga.

barisanaik :-

edwin van der sar
rafael da silva
rio ferdinand
jonathan evans
patrice evra
nani
park ji sung
paul scholes
darren fletcher
michael owen
wayne rooney

5 peluang menjaringkan gol di separuh pertama, hanya satu melintasi garisan gol hull city. man utd di depan hasil jaringan wayne rooney. permainan biasa menentang pasukan yang lemah saingannya.

tu yang buat aku sakit hati. 1 gol? 1 gol saja? ptuiiiii.... kata komentator game lepas, red devils ni team separuh kedua. kita tengok apa jadi sat lagi.

tarikh naik jam 11.19 ahad, 24 januari 2010.

ternyata man utd pasukan separuh kedua. rooney yang dikatakan penyerang terbaik england menjaring 3 lagi gol dan mengembalikan red devils ke persada liga. kedudukan yang masih tak selesa apatah lagi gameweek minggu hadapan, tidak bermain.

CAS-CAS

at an early age of manhood (though not that innocent), he was already perturbed by the monotony of authoritative decrees, commands, slanders etc. it was not a totalitarian state he was living in. however, these continuous and cohesive attempts to dictate as to how one should live his life were suffocating. acts of demeaning his existence as a human. he spent sleepless nights poking fun at the idiosyncrasies that have befallen men.

he soldiered on and on with hypocritical evaluations of what he labeled, the blatant practices of decaying and defacing the human values.

cuba kamu tulis ayat-ayat di atas dalam bahasa melayu, bagaimana bunyinya? tanpa prasangka atau cubaan menghina bahasa ibunda, aku tak mampu melakukannya.

atas alasan itu, aku rasa ramai cenderung menulis di dalam bahasa penjajah di dalam blog masing-masing. mungkin lebih ekspresif dan mudah bermain dengan kata-kata. apa jua alasan aku dan mereka, ia bukanlah suatu masalah. sejak bila bahasa menjadi kekangan di dalam komunikasi?

man utd melawan hull di OT.

IRONI

nothing destroy spirit, like poverty.

itulah ketentuan doktrin hidup masa kini.

i don't subscribe to that point of view.

tentunya pendirian aku tidak mutlak. aku berpura-pura jika menyemat peraaan itu, menyulam ia menjadi pendirian muktamad.

harta atau kekayaan adalah perlu untuk memartabatkan diri, keluarga, bangsa dan agama.

that is my caveat. nothing less than that.

cuma perjalanan dan arah tuju bertukar dan terpesong bila diri terlalu taksub dan lupa pada asal usul dan matlamat mencari kekayaan.

katanya.

tidak cukup iman seseorang itu sekiranya diri sendiri kaya tetapi jirannya masih dhaif.

lupa? alpa? tak peduli?

enaknya melepak di petang sabtu sambil meracun diri dengan imejan yang dipancar di peti tv, menghirup kopi o panas dan seputung rokok di bibir.

BAHASA

sempena kemangkatan sulthon yang lama dan pengumuman sulthon yang baru, aku tamatkan kempen memperkasakan bahasa ibunda.

maksudnya aku kini boleh berbahasa penjajah, bahasa yang sangat suka digunakan oleh kebanyakan orang kota.

kenapa kita pandang serong pada orang yang berkomunikasi dengan bahasa penjajah? adakah sebab kita melayu, kita mesti berbahasa ibunda sepanjang masa?

kuat lemah sesuatu bangsa bukan disebabkan oleh bahasanya.

kamu kata bangsa jepun yang maju teknologi itu perkasa kerana mengagungkan bahasa sendiri.

orang jepun tak gagah begitu semata-mata atas faktor bahasa.

mereka kuat kerana mereka mandi lumpur yang dimuntahkan gunung-gunung berapi di sekitar pulau-pulau mereka.

mereka kuat kerana makan makanan mentah.

kuat minum sake.

fetish.

tak percaya?

eloklah kamu tak percaya, kerana kalau kamu percaya....

MATI

bila kamu mengingati mati, kamu akan berasa dekat padanya. kamu mungkin berkata, apa lagi gunanya wang dan keluarga. aku katakan, itu tindakan pentingkan diri sendiri.

aku teringat kata-kata ini.

kejarlah dunia seolah-olah kamu akan mati esok. kejarlah akhirat seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya.

mudah.

21.1.10

KEMATIAN

aku dapat perkhabaran petang tadi. budak junior aku setahun di SDAR dulu meninggal dunia. innalillah ....... umur 37 tahun. bila ditanya sebab musabab, jawaban ringkas yang kuterima "kidney bro!".

aku pun tak tau sama ada aku bernasib baik atau malang kerana masih panjang umur.

orang kata bagus panjang umur pasal nanti bila dah tua sempat bertaubat. maksudnya masa muda ni marilah berjenuh bermain noda dan nista. bergelumang dengan dosa. itu interpretasi sempit dan nakal aku la.

siapa tahu yang mati muda tu lagi beruntung pasal sepanjang hidup, hanya berbuat baik dan mengejar pahala. belum sempat diuji hebat dan terjebak dengan kejijikan dunia, diambil nyawa dan kembali kepada SANG PENCIPTA. molek kan? beruntung kan?

siapa tahu dalam kesihatan tubuh badan tiba-tiba malang menimpa dan hilang kesihatan akal fikiran. apa nak jadi dengan saham-saham negatif bila tak sempat minta diampuni. nak taubat apa kalau otak dah mereng? takut kan? gerun kan? tapi masih nakal ek! nakal tak pa, jangan jahat.... ye lah kot?

kata orang, nak tahu mana-mana arwah tu beriman atau tidak, bakal menerima balasan baik atau tidak ialah pada rupa jenazah sebelum dikebumikan. aku pernah lihat jenazah paling hensem dan bercahaya. aku pernah lihat jenazah yang bagai tersenyum dan sangat tenang. sampai aku hilang rasa sedih. pasal aku yakin dalam hati, arwah dapat tempat dan balasan yang baik. aku je yang belum tentu. ish .... meremang!

jadinya, di malam jumaat ini aku sedekahkan fatihah kepada arwah.

kamu beruntung dikebumikan di pagi jumaat, hari yang mulia.

NAIF

kamu pergi berperang dengan musuh-musuh yang sengaja kamu cipta. kamu kata mereka menyembunyikan pengganas-pengganas. kamu kata mereka sedang mencipta senjata pemusnah massa. macam-macam kamu kata. lalu kamu serang mereka dengan peluru-peluru berpandu yang dibedil ratusan atau ribuan batu jauhnya. atau dari kapal-kapal terbang tiada pemandu (bahasa penjajah sebut pilot, nampak sedap sikit).

kamu takluki negara-negara itu dan letak seorang dalang menjadi ketua negara yang baru. kamu letak soldadu-soldadu kamu atas alasan ingin mengawal keamanan dan memastikan kesejahteraan rakyat jelata, yang sebelum itu kamu bedil tanpa mengira kawasan umum atau pusat-pusat ketenteraan. macam tak kena je bunyinya? dan soldadu-soldadu kamu mati sia-sia. atas prinsip apa? anti pengganas? menyelamatkan dunia daripada senjata pemusnah massa? menyemarakkan demokrasi? naif, sangat naif.

kata mahathir, 9/11 adalah kerja amerika sendiri. ini bukan kerja pengganas muslim. kata muaz dalam kolumnya di malaysian insider, mahathir gila dan nyanyuk. terikut-ikut teori konspirasi michael moore yang gila. muaz berhak dengan pendapatnya sebagaimana mahathir berhak ke atas pendapatnya. tanpa niat cenderung kepada sesiapa, aku katakan mahathir memang gila dan muaz memang naif. mahathir gila, kerana itu dia mampu bertahan sebagai perdana menteri malaysia lebih 20 tahun. pasal itu parti yang kononnya amat disayangi kini menjadi macam parti tupperware, mana ada orang pergi parti tupperware dah lani? sangat ketinggalan! muaz naif kerana tulisan menghentam mahathir adalah pendapat peribadi atas dasar vendeta atau biasnya. siapa ulang basi cerita DSAI untuk menghentam mahathir, dia berbuat begitu kerana vendeta. hentamlah mahathir tanpa mengungkit isu bangang tu.

memang seronok mengatakan orang lain salah dan diri sendiri betul.

siapa kata holocaust adalah suatu kerja cemerlang gemilang dan terbilang adalah sakit nazak dan perlu mati segera. tanpa mengira ras dan agama, holocaust amat tidak betul. tetapi ia mungkin wajar dilakukan. untuk membersihkan bangsa aryan daripada cengkaman dan manipulasi yahudi. untuk memartabatkan bangsa aryan sebagai tuan di tanahair sendiri. ia mungkin bagus di dekad 30an dan 40an. kini di abad 21, ia sangat tak sesuai. kerana segala-galanya dikongkong dan dikuasai yahudi. mereka akan kata tak sesuai. tapi membedil baghdad dan kabul tak salah. itulah dianya! adakah kita senaif soldadu amerika yang menyabung nyawa di afghan dan iraq?

jika hendak tegakkan demokrasi, kita perlu berbunuhan? ala revolusi perancis beratus tahun dulu. sangat ketinggalan zaman. jika kamu jatuhkan diktator dan letak seorang badut sebagai pengganti, apakah bedanya? bagus kerana si badut akan ikut telunjuk kamu? akan membenarkan kamu membina paip saluran petrol sepanjang beribu-ribu kilometer? membina markas tentera yang strategik di bumi kamu untuk senang memerangi orang-orang seagama kamu? untuk mengawal kawasan serantau daripada bangkit memperkasakan jentera memerangi tuan kamu? iran yang menjadi tumpuan selepas itu masih terus gagah menunjukkan degil mereka. kamu sangka sang imperialis tak gerun? kamu silap. pertubuhan bangsa-bangsa bersatu diguna sebagai jentera meneruskan tekanan politik. cuba dibuat embargo ekonomi. kamu fikir iran akan alah? kamu silap.

jangan naif. imperialisme moden tidak seperti zaman portugis menakluki melaka. bukan sama seperti belanda mengambil alih melaka daripada benggali putih. penjajahan moden melibatkan peperangan dayus, propaganda murahan, meracuni minda dengan dogma-dogma palsu, penekanan kapitalisma, penyuburan hiburan, penukaran silabus pendidikan, penguasaan politik dan lain-lain cara yang halus dan cerdik. kalau tidak masakan richard si hati singa boleh berkata ratusan tahun dahulu "kamu tak akan menang berperang dengan orang-orang yang tak takut mati."

tak akan ada perang sabil yang baru. buat masa ini. tapi mereka lupa janji TUHAN. suatu hari nanti akan meletus juga perang yang satu lagi. mereka degil dengan ketentuanNYA yang suatu hari nanti mereka akan kecundang juga.

tunggulah, kalau tak tiba, mungkin kamu bernasib baik. kerana kamu tak akan tahu, kamu akan berada di pihak sebelah mana.

KONDEM

yaaaa....

semakin menarik dan tertarik. ingatkan orang islam je pengganas, rupanya bukan islam pun pengganas jugak. depa pi cuba bakar 2 surau di muar. kalau betul-beturl terer dan tereris, pi bakar ibupejabat dan ibu pusat parti melayu terbesar di malaya di pwtc la. takat bakar surau menda ah?

cakap pasal bakar ni, teringat aku masa spm 21 tahun dulu.

punyala jahil pasal malam tu habis aku bakar buku-buku aku di belakang blok d. macam adolf hitler le pulak, membakar buku ilmiah ni. api menjulang setinggi tingkat 2. saspen gak aku, terus ambil pemadam api dan cuba padamkan api yang marak tu. dah dapat idea bangang lain pulak, habis pemadam api keliling sekolah kita orang korbankan. bangang!

dah abis pemadam api, jadi bosan. fikir apa lagi yang seronok dan menyeronokkan. naik kelas tingkatan 1 kat blok pentadbiran dan conteng papan hitam dengan lilin. bukan nak jadi vandalist tapi bagi alasan kepada sekolah untuk menukar papan hitam yang baru. kedekut sangat! nak tulis dengan kapur pun dah tak melekat, punyala dhaif papan hitam tu.

balik d8 bosan balik. mana taknya. patutnya masa tu kitaorang dah merdeka. tapi disebabkan berlaku peristiwa soalan BM bocor, kena la ambik sekali lagi keesokan harinya. bengang! bayangkan perasaan mat pid yang dah hafal dan tulis balik setiap perkataan untuk ringkasan karangan. penat dan sia-sia. hancur luluh harapan dia nak skor kertas BM.

standard la. malam terakhir apa kelas tidur? apatah lagi esoknya tamatlah riwayat kitaorang sebagai budak sekolah. angan-angan aku, tahun hadapan masuk universiti. pegi kelas pakai tee dan jeans. barula rock! tak yah lagi kilatkan kasut hitam, pakai talileher menyanyi kat dewan besar, ada pemeriksaan mengejut dan lain-lain tindakan mengongkong.

kalau nak diikutkan. bilik d8 ni universal. tak terbatas kepada gang ragbi ragban, geng bandana dan tahpehapa gang lagi. gang aku pakai tee coreng askar. so, bebudak yang 2-3 tahun lepas yang suka benor pakai tee atau seluar celoreng, korang ketinggalan zaman la.

dah... dah ... aku tak mau sambung cerita tragis yang berlaku selepas azan subuh. dah la tak solat subuh, pegi buat kerja mungkar pulak tu. bodoh betul!

nampaknya aku dah terkeluar tajuk.

mari kita mengondem perbuatan membakar rumah-rumah ibadat ni. kondem kondem kondem .....

20.1.10

FALSAFAH

kata dato' mail kepada majikan aku, dalam hidup ini mesti ada 4 benda. kerana aku tak pandai menterjemah, eloklah kiranya aku tulis terus perkataan-perkataan penjajah itu iaitu "work, play, love and prayers".

majikan aku lupa bagitau dato' mail akan falsafah tiganya iaitu (1) mulut mesti manis (2) hati mesti baik (3) kotei mesti keras.

jika dirujuk falsafah-falsafah di atas, secara keangkasaannya, manusia perlu kepada benda-benda teras yang sama. tak kira sama ada dia melayu, cina, india, mat salleh atau negrito. manusia perlu wang, isteri/suami/zuriat dan matlamat akhirat. bagi mereka yang tiada matlamat terakhir, maka dia akan cari berlazat-lazat dari dahi ke pusat dan dari pusat ke buku lali di luar ruang litup yang dibenarkan dan sahih. wak ada teori air uang. aku tak percaya, tapi aku juga tak mampu menolaknya 110% kerana yang wujud hanya 100%. sapa kata 110% dia bohong atau tak belajar matematik.

berbalik kepada perbincangan asal dan pokok, keperluan asasi manusia tidak boleh dinafikan. hanya TUHAN layak menafikan rezeki kepada seseorang di atas sifatNYA sebagai PENCIPTA. mungkin sebab itu dato' mail menyebut "prayers" atau doa. kamu ingat orang sengaja tadah tangan dan minta yang bukan-bukan. kalau kamu tak tonggang tonggek 5 kali sehari, kamu rasa layak ke nak tadah tangan minta macam-macam? kalau kamu tak mengaku seorang tu bapa kamu, bila kamu susah, kamu nak ke minta dia tolong? muka tak malu!!! hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong.

"play" ni aku pelik sikit. kalau perkataan melayu yang bunyi sebutannya sama, aku tak pelik pasal aku ada 1. apa maksud "play" ni? beriadah? main sukan? main-main? aku malas nak hujah lebih lanjut, nanti takut salah isim. aku jadi gila. baiklah aku diam sahaja. terima atau tidak, kamu tak akan tahu. tapi kalau beriadah atau bersukan, memang bagus. ia akan menyihatkan tubuh badan. kalau kamu segan bersukan, hisaplah khasiat dan zat cengkih 20 kali sehari seperti aku, mesti (tak) sihat.

"love". aku dah ngepos pun pasal benda ni hari tu. cinta penting bang (agaknya lagi sedap ditulis :- cinta penting bro ..... pirah mabuk!). ada cinta monyet, cinta pandang pertama, cinta untuk nabila, cinta 3 dimensi dan banyak jenis lagi. kau pilihlah mana satu yang kamu mahu.

kerja. aku ada banyak kerja belum siap. arghhhhhhh .....

ULASAN (TAK) SELARI

separuh akhir pertama piala liga.

barisanaik :

edwin van der sar
rafael
patrice evra
jonathan evans
wesley brown
anderson
darren fletcher
ryan giggs
michael carrick
antonio valencia
wayne rooney

jika seminggu atau 2 minggu lepas pengurus pasukan membuat kenyataan akan menurunkan pemain-pemain muda seperti kempen musim lepas, nampaknya pengurus menghadapi penyakit mudah lupa atau tak tetap pendirian dan menurunkan barisanaik yang boleh dikatakan utama. dikatakan utama kerana pengurus telah merafa benitezkan kesebelasan pertamanya dalam setiap perlawanan musim ini. mungkin beliau tidak yakin dengan kelebihan sendiri atau ingin dilabel mempunyai akumen taktikal yang baik.

seolah-olah bermain dalam liga juara-juara, formasi yang digunapakai di pagi yang gelap dan mulia ini ialah 4-5-1 atau kalau nak kelihatan pelik dan lebih pandai dengan taktikal moden, 4-3-2-1 atau entah formasi moden apa lagi yang ada; kerana ketidak percayaan kepada pemain yang ditandatangani secara percuma dan kecederaan yang melanda pemain termahal kelab. mungkin juga sebab pengurus suka akan formasi yang bodoh dan tak sesuai ini. di kaca tv, ditunjukkan seolah-olah 4-3-3. aku tak pasti sejak bila ryan giggs atau antonio valencia dianggap penyerang?

permainan awalan lebih banyak berlegar-legar di seluruh padang tanpa ada gerakan-gerakan menarik oleh kedua-dua pasukan. aku yang terbangun tanpa sengaja hampir terlelap kerana enggan meminum se mug kopi atau menghisap sebatang rokok. apatah lagi aku enggan memasang lampu dan dalam kesuraman cahaya tv, aku terkebil-kebil menahan diri daripada terlelap.

setan merah mendapat lolosan pecah apabila antonio valencia yang cuba diadang pemain lipas kudung city, craig bellamy berjaya meloloskan diri dan membuat hantaran lintang paras lutut yang disambut oleh wayne rooney. sungkitan wayne rooney berjaya ditepis oleh shay given yang melantun ke kaki micah richards dan ryan giggs yang membuat larian susulan hanya perlu menolak bola masuk ke gawang gol city. setan merah di depan 1-0 dan penyokong united melompat-lompat kegembiraan seperti katak menerima hujan.

perlawanan bertukar sedikit rancak umpama persembahan kumpulan gitar rancak di tapak ekspo membuat persembahan lagu agogo dan twist. pemain-pemain kepak kiri dan kanan city iaitu shaun wright phillips dan craig bellamy riang ria membuat serangan di kedua-dua bahagian sayap. tampak pertahanan united sedikit goyah terutamanya di bahagian pertahanan kanan. kanak-kanak berambut ikal agak tertekan dengan kelincahan lipas kudung craig bellamy.

akhirnya rafael telah memicah richardkan craig bellamy di dalam kawasan penalti dan pengadil tanpa teragak-agak meniup wisel dan menunjuk ke arah titik penalti, menandakan tendangan penalti dihadiahkan kepada city. mengikut statistik, ini kali kedua budak berambut ikal memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan. dan seperti biasa aku akan mengeluarkan kata-kata kesat dan nista. kali ini di dalam bahasa melayu sempena menghormati kempen aku memperkasakan bahasa ibunda. rafael telah dilayangkan kad kuning (sumpah aku tak nampak kad kuning melayang tetapi sekadar menggunakan bahasa klise yang diguna pakai). edwin turut menerima nasib yang sama kerana dituduh pengadil cuba melengah-lengahkan dan mengganggu kacau konsentrasi carlos tevez yang akan mengambil sepakan penalti tersebut.

tevez walau diusik oleh rooney di belakangnya dengan tenang menghantar bola ke kiri pintu gol manakala edwin melayangkan diri ke bahagian kanan. kedudukan bertukar menjadi seri 1-1. muka pengurus seperti biasa akan menjadi merah babi atau merah seperti babi. timbul spekulasi bahawa pengurus akan sekali lagi menyalahkan pengadil kerana membuat keputusan tidak adil atau salah dan sekiranya berlaku, dijangka tiada apa-apa tindakan akan dikenakan ke atas beliau sebagai menghormati status beliau sebagai pengurus paling berjaya dalam sejarah liga bolasepak inggeris.

sekian dahulu ulasan untuk perlawanan ini kerana aku nak tonton separuh masa kedua. tampaknya dikuasai oleh pasukan city. oh ya, tevez yang enggan dibeli oleh pengurus atas sebab-sebab tertentu baru menjaringkan gol kedua dan aku ingin mengucapkan tahniah kepada pengurus pasukan united. anda memang hero!

tarikh naik :-

tandukan giggs ditepis keluar oleh given. pengurus membuat pertukaran taktikal dengan memasukkan pemain yang kurang dipercayai iaitu michael owen menggantikan anderson. maka formasi berubah menjadi 4-4-2 sepertimana yang layaknya. perlawanan bertukar arah dan united mengasak city berulang-kali untuk mencari gol penyamaan. owen nampak hidup dan berjaya membantu rooney di bahagian serangan. bola lolosan owen kepada rooney yang menyungkit bola ditampan given dan sepakan susulan yang lemah oleh owen ditolak keluar atas garisan oleh pertahanan city. city tidak ketinggalan mencemaskan pintu gol united apabila percubaan bahaya bellamy berjaya ditampan oleh edwin. hantaran lintang evra gagal disambut oleh valencia walaupun pintu gol telah terkangkang luas (sesuai ke perkataan kangkang ni?). minit terakhir dan aku yakin united akan tewas pagi ni.

aku yakin akan tewas kerana formasi. aku yakin kecundang kerana taktikal. dan tentunya, faktor tevez dan barisan pertahanan yang poros macam tanah-tanah di sekitar KLCC. tiba-tiba rooney merembat, given tepis keluar. minit 91, pasukan merah dapat sepakan sudut tapi bola ditanduk diouf tersasar jauh. nyata dia belum setanding ole gunnar solksjaer. penyokong city lega. penyokong united menepuk dahi.

dan pengadil pun meniup wisel penamat.

ketemu kita di old trafford minggu hadapan. di mana ramai orang bermimpi atau mengejar impian.

19.1.10

PENING LALAT

aku tak faham situasi-situasi ini :-

a. kami akan berikan 110% ....

b. jika diberi pilihan tak menang liga kerana perbezaan gol atau kalah pertandingan akhir kalah mati melalui sepakan penalti, saya akan pilih menjuarai kedua-duanya .....

mereka ini tidak pandai ilmu hisab. mungkin dalam kelas dulu kuat tidur atau berangan nak jadi maradona. kasihan ....

c. pasukan yang bermain lebih baik tidak menang malam ini ...

d. saya tak mahu mengucapkan tahniah kepada pengurus atau para pemain. saya hanya mengucapkan tahniah kepada kelab ...

aku ludah atas kamu! kamu hidup dalam penafian. bukalah mata dan bangun dari tidur. hoi!!!!

e. saya perlu merehatkan mereka kerana mereka berlatih bersungguh-sungguh sepanjang minggu dan keletihan bermain minggu lepas ....

f. saya tidak akan menjual beliau kepada mereka, jika mereka mahu, saya akan jual virus kepada mereka .....

g. pemilik kelab memberi peruntukan untuk membeli pemain-pemain baru. tiada masalah berhubung kewangan ....

aduhai. kamu bukan ahli politik. kamu pengurus pasukan bolasepak.

h. harga pemain terlalu mahal di luar sana, gila ...

dan minggu lepas pemain yang dikatakan bernilai puluhan juta dibeli oleh shaktar donesk pada harga tak melebihi 7 juta. esok jika mahu dibeli, memanglah harganya akan mencecah puluhan juta. mahu ke tak mahu?

When the seagulls follow the trawler, it is because they think sardines will be thrown into the sea ..... aku tak faham. tapi aku minat gila mamat ni. siapa boleh menyepak kung fukan penyokong pasukan lawan????

PUTUS SUDAH KASIH SAYANG

oh penjilat anak kucing! terkejut aku dibuatnya. aku sangka tiada orang lagi di pejabat, rupanya ada makhluk lagi yang bersembunyi di belakang sana melayari laman sesawang. kamu tahu pukul berapa sekarang? baliklah .... aku mahu jimat bil elektrik pejabat. balik hoi!

kamu tahu kamu menghadapi masalah apabila berdepan dengan manusia degil. acapkali mereka ini terdiri daripada golongan yang kurang kasih sayang. ini teori (bahasa penjajah yang dimelayukan)aku. kalau seseorang itu dilimpahi nikmat cinta dan kasih sayang, dia tak akan degil bebal begitu.

aku tak punya masalah berdepan manusia degil. kerana aku juga degil. alamakkkk!!!! aku kurang kasih sayang???? pembetulan .... ralat ..... eh ......

ada bedanya degil itu? setiap benda mesti dikategorikan (kamu fikir meletak imbuhan pada perkataan inggeris yang dimelayukan suatu perbuatan hebat???) mengikut resmi dan budaya kehidupan manusia akhir zama. manusia yang degil walaupun degil itu salah dan benda yang disuruh lakukan adalah betul. itu kurang kasih sayang. tapi jika disuruh buat salah dan dia degil melakukan, itu terlebih kasih sayang. aku tergolong dalam kategori kedua. aku sangat menyayangi dan disayangi.

aku disuruh baca twitter. kamu tahu yang dato' seri rais yatim sekarang teruk dikutuk oleh marga twitter. aku gelak. hoi... budak belakang, tutup (apakah perkataan melayu untuk switch off) komputer and berambus balik. nak melayar, balik rumah dan cari wifi spot lah. aku bagi komputer untuk kau bekerja. ish, budak-budak sekarang, kuat benar main internet.

kamu lihat betapa teknologi telah disalah-guna? salahkah rais memberi komen tentang penggunaan internet. dah tentu salah!!!!! pasal dia dari parti yang salah, menjawat jawatan yang salah dan memilih karier yang salah. celaka kamu rais yatim!!!! aku ludah atas kamu.

BAHASA PENGANTAR

Aku ada 1 teori.

Melayu yang handal mencarut dan maki di dalam bahasa inggeris berbanding lidah ibundanya adalah megalomaniacs! Mereka ini ada yang bersekolah dan membesar selama-lamanya di Malaysia dan tak pernah merasa salji, bercakap atau menulis seolah-olah mereka lebih dahsyat daripada negrito eh … negro atau istilah politik betulnya, afro-amerikan. Ptui! Aku ludah atas kamu!

Marahkah aku?

Buat apa marah, kamu tak suka tatkala aku marah. Jangan kasi aku marah, aku bilang kamu…

Aiseh, pesetubuh-pesutubuh emak sekalian. Kenapalah kamu mencarut-carut di dalam bahasa omputih? Kenapalah kamu bermakian di dalam bahasa penjajah? Kamu pernah dengar orang perancis maki atau mencarut menggunakan bahasa inggeris? Kata-kata dewan bahasa dan pustaka (yang dah tak digunapakai kini), bahasa melambangkan bangsa. Bangsa apa yang mencarut guna bahasa orang lain. Bangsat ada la kot?

Jadinya, ayuh perkasakan bahasa ibunda kita. Berbudi bahasa adalah amalan kita. Jangan mencarut di dalam bahasa inggeris. Bayangkan kamu menjerit “oi pak cik pesetubuh emak!” mesti pakcik tu terperanjat dan hampir diserang penyakit serangan jantung berlubang. Jangan, jangan begitu …. Tak baik memaki pakcik yang tak faham bahasa inggeris di dalam bahasa inggeris. Maklumat tak akan sampai kepada audiennya. Biar pak cik tu faham. Tak perlu aku sebut contoh kerana blog aku mesra kanak-kanak, berbentuk nasihat dan ilmiah.

Oleh itu pesetubuh-pesetubuh emak sekalian. Jangan jadi megalomaniacs. Mereka berpenyakit begitu mati muda. Kamu ingin mati muda. Aku tahu, ia adalah sangat dalam dan bergaya untuk mati muda. Boleh kamu menyertai liga kurt kobain dan Michael Jackson.

kalau nak bergaya biar macam menghisap rokok dunhill berbanding aku yang cuma menghisap kretek. Orang kata asap kretek busuk. Ptui! Tahu tak cengkih itu mempunyai khasiat? Bayangkan menghisap khasiat itu 20 kali sehari. Tak ke sihat namanya? Ptui! Tak payah pergi gym (nescaya kau akan terlepas peluang menikmati buah-buahan, sama ada tempatan mahupun import. Itu tak penting, kesihatan harus lebih diutamakan. tak payah ambil pil-pil vitamin itu dan ini. jimat wang!

satu lagi pesanan aku, jangan menghisap rokok yang tiada gaya atau akan menampakkan kamu seperti tiada gaya. contohnya salem (disinonimkan dengan jalang di belakang mati), benson (dikenali sebagai rokok jamban) atau mild seven (orang mati pucuk je isap rokok ni). kamu memang stailo jika hisap gudang garam (percikan baranya akan menyebabkan kamu kerap membeli pakaian baru, hence, mengikuti perkembangan fesyen dan sentiasa berbaju atau berseluar baru).

Eh … pesetubuh-pesetubuh emak sekalian! kamu faham atau tidak bebelan bahasa ibunda aku ini? tahi .... aku lupa, kamu semua hanya berbahasa negrito.

18.1.10

DOUBLE TROUBLE

siapa kenal tasyrif?

budak yang mengepos something really stupid di facebook. dan dia dah dicaj pagi tadi di petaling jaya atas tuduhan membuat komen dengan niat menganggu orang lain. gangguan perasaan? gamaknya macamana depa nak buktikan tasyrif berniat sepertimana yang dituduh?

timbul polemik sama ada apa yang diperlakukan oleh tasyrif adalah sesuatu yang merbahaya. sebahaya perbuatan manusia bodoh bangang sialan yang melontarkan molotov cocktail ke gereja-gereja itu. the comment, however innocent should not be tolerated. ptui!!!! aku tak sokong tindakan tasyrif. tapi sesiapa yang baca, sama ada kenal atau tidak akan tasyrif, akan tahu, ini bangang punya posting.

mana lebih bahaya dengan retorik-retorik orang-orang tertentu di parlimen, ketika memberi ucapan atau sewaktu temu ramah? kenapa tak ditangkap orang-orang itu kerana mereka membuat political statement, sesuatu yang jauh dari sifat-sifat innocent dan melambangkan pemikiran dan perjuangan mereka. apa yang divisikan dan ingin dicapai.

aku ingat sewaktu kecil dulu, aku akan panggil kawan aku bernama liew (budak ni terer, baru darjah 5 dah tahu apa itu "blue") babi atau kuat makan babi. pasal tu perangai macam babi. habis kuat, dia akan tunjuk penumbuk kat aku atau maki aku balik, kata melayu bodoh. tak pula dia suruh gomen tangkap aku bawah ISA. atau suruh gomen tarik balik kerakyatan aku. racist ka? social tension ka? mana ada! aku boleh panggil kawan aku dengan nama tara guna, sikit pun gunasegaran tak berarak protes sambil baling batu atau batu-bata atau bakar bendera. habis kuat, guna maki aku balik, kata melayu bodoh. eh .... bodoh sangat ke melayu? asal kena maki je, perkataan bodoh digunakan secara meluas.

aku teringat cerita uncle muru. umur dia kini lebih kurang 60an. di zamannya, budak melayu, cina dan india tak de masalah makan, minum dan tidur bersama-sama. pernah baca kampung boy, karya dato' lat? berpuluh tahun dulu, tatkala malaya baru merdeka tak ada pula masalah integrasi perkauman ni. mungkin mei 69 mengubah kita menjadi prasangka antara ras? mungkin orang-orang yang melaung memekik di parlimen menjadikan kita seperti apa yang kita ada kini?

maka double standard ini perlu segera diperbetulkan. apalah komen tasyrif ini jika dibandingkan dengan perlakuan bodoh mereka itu?

SIRKA FONI

tiada maria sharapova dalam final australian open tahun ni. damnnnn ...... ala, dia bukan hot sangat pun. takkan desperado sangat dah? ehhh .... aku bukan minat tenis pun! main sampai 3-4 jam apa barang? tak de kerja lain nak buat ke? sukan yang memakan masa berjam-jam ni patut di ban, macam kementerian dalam negeri banned penggunaan perkataan ALLAH oleh penganut agama selain Islam.

aku terbaca di beberapa laman sesawang betapa liverpool mahukan rafa pergi. ada segelintir penyokong red devils berkehendakkan benda yang sama terhadap fergie. di zaman material dan kejayaan mutlak diutamakan, manusia tidak lagi memandang loyalty atau kejayaan silam sebagai kayu pengukur. mereka jadi kurang sabar dan terburu-buru. which can be a good thing actually. ia menghalang team daripada menjadi mediocre atau lebih teruk lagi, hampas! apa justifikasi bila season baru setengah jalan, kalah lebih dari apa yang dicapai musim lepas? team lain lebih baik? kenapa kamu tak jadi lebih baik?

tahukah mereka membuang rafa akan menjadi suatu keputusan yang amat mahal? lebih mahal daripada membina bahtera menghadapi 2012. itu hanyalah perbandingan relatif, mengambil kira kedudukan kewangan kelab dan juga nilai rafa sebenarnya. kalau ditanya aku, rafa bernilai lebih kurang 3 duit 3 kepiang sahaja. mungkin tak semahal menendang keluar fergie. agak-agak kamu, sekalipun rafa berjaya dinyahkan, siapa akan menjadi pengganti? mourinho? hiddink? rijkaard? sparky?

sedarlah kalian, team ini tidak dapat lagi diselamatkan melainkan ia melalui proses cleansing ke akar umbi. kamu kena buang co-owners yang bodoh, all coaching staff, semua scouts yang ada, hampir keseluruhan pemain sedia ada. berbanding man utd yang jika menggantikan fergie dengan king rajagopal sudah memadai. king raja akan mampu membawa man utd menjulang kejuaraan liga dengan barisan pemain yang ada (kecuali gibson, nani, owen, tosic, rio, gary, scholes yang wajar dikapal keluarkan secepat mungkin).

sukan seperti benda lain di dunia ini hanyalah peluang perniagaan yang mempunyai nilai komersil yang amat lumayan. kamu hanya ingin buat duit dengan duit yang ada. kelab kaya akan terus menguasai persada liga. kelab miskin akan terus bergasak-gasak mencipta miracles dan upset. kerana kejayaan? kejayaan apa kalau setiap season hanya mid table atau terperuk dengan relegation battle? wang, my friends, wang semata-mata.

17.1.10

TOTE HOSE

ada orang teruja.

ada yang begitu-begitu saja.

aku termasuk kelompok kedua. 3, 5 atau 7 tidak jadi apa-apa. kalau takat bermain sambil berjalan, lembab dan tersangkut sana-sini. training entah berapa jam sehari dan berapa hari seminggu? takkan tak cukup? hidup kamu di situ, rezeki kamu di situ. namapun pro. jutawan dan hartawan. apatah lagi berada di kelab terkemuka, bukannya cap ayam. brand tersohor, dipuja jutaan manusia seluruh dunia.

tak seperti match sekarang kini. jauh lebih menarik dan pantas dengan aksi. turunaik dari satu D ke D yang lain. kamu serang aku sekali, aku serang kamu bertubi-tubi. kamu tendang bola sekali, aku tendang dengan kaki-kaki kamu sekali. setiap inci padang ini dikejar, dibayangi. macam tak cukup tanah mereka berlari ke sana sini. ini baru seronok ditonton. ini baru menaikkan semangat berjaga pagi-pagi buta. takat menendang bola ke sana sini dengan pace siput babi.

aduhai! akhirnya encik mancini, selamat bangun dari mimpi.

di teater impian atau mimpi, aku hampir terlelap kebosanan. 3 gol yang dijaringkan langsung tak membakar selera aku. macam tengok liga malaysia atau final sukan sea yang baru lalu. kamu kata kamu champions? oooo ... musim lepas .... ok, sejarah.... move on. apa? tak bergerak? pasal apa? oooo .. owner banyak hutang...ooooo ... manager degil sombong ...... tak mengapa. sejarah mengajar manusia setiap detik itu punya kitarannya.

teringat kata-kata sir matt busby yang lebih kurang berbunyi begini :-

in all modesty to sum up the seasons of 63-64 and 64-65, there is no team in england that could match manchester united.

jadinya peminat totok dan fanatik yang terloncat-loncat gembira, ingin aku khabarkan sesuatu. team ini tidak bermain selayaknya.

kalau korang masih menyanyikan glory glory man utd, aku pelangkung kamu!

14.1.10

CAKAP

I never made promises lightly
And there have been some that I've broken
But I swear in the days still left
We'll walk in fields of gold

aduh. sama seperti aku. pernah mungkir janji.

cakap memang murah. semurah membeli mancis sebungkus. apalah guna bermadah jika di hati, ia tidak berpaksi dengan keikhlasan.

adakalanya perbuatan yang sangat selamba dan mudah boleh menjadi sesuatu yang amat bernilai. lebih mahal daripada membeli kapal selam atau membina putrajaya.

Perhaps this final act was meant
To clinch a lifetime's argument
That nothing comes from violence and nothing ever could
For all those born beneath an angry star
Lest we forget how fragile we are

kata-kata yang sangat bermakna. tapi tidak memberi kesan kepada kekalutan dan keserabutan yang terus bermaharajalela.

itu kehendak kita, sama ada sedar atau di bawah sedar.

13.1.10

CINTA

all the promises we made from the cradle to the grave, when all i want is you.

dia berdendang dengan syahdu sambil memeluk seorang awek itali yang composed dan tak terover-over.

kemudian dia bersyair.

with or without you, i can't live, with or without you.

dipeluknya seorang awek sambil berbaring di atas stage, awek sexy control cool.

dia menyanyi lagi.

you act like you never had love, and you want me to go without.

sedih. sayu. indahkah hidup tanpa cinta?

you bury your treasure, where it can't be found, but your love is like a secret, that's been passed around.

begitukah cinta?

It's a bitter pill I swallow here, To be rent from one so dear. We fought for justice and not for gain, But the magistrate sent me away.

nasib seorang pejuang. yang cinta pada keadilan tapi dizalimi.

free at last, they took your life, they could not take your pride.

matilah seorang pecinta.

cinta dan maruah. tidak boleh digadai dan tidak boleh dibeli.

COOL

di dalam 1 adegan pulp fiction yang mungkin aku tak akan lupa :-

say what? say what again. i dare you, i double dare you motherfucker, say what one more goddam time ....

cool.

aku juga ingat adegan di mana vincent dan mia wallace menari.

double cool.

siapa yang menonton pulp fiction dan mengatakan filem itu tak best, well, allow me to retort.

orang itu yang sebenarnya tak cool.

adakah aku cool? tak jugak.

aku tak perlu menjadi cool seperti vincent atau jules.