28.2.10

REVOLT

revolusi penyokong di manchester?

dengar khabar ribuan fans akan memakai skaf hijau emas malam ini di wembley. nampaknya berlaku penentangan terbuka terhadap kapitalis yankie.

wujud khabar angin dan rencana longgar di mana penyokong kelab dari merseyside akan bergabung tenaga membuat tunjuk perasaan di OT 21 mac nanti, bila kedua-dua pasukan bertemu buat kali kedua musim ini.

nampaknya orang-orang dari syarikat amerika ni dibenci begitu ramai orang. memang selayaknya.

adakah aku akan terbabit dengan 1 lagi entry berbaur dengan sentimen kenegaraan?

rasanya tidak.

kamu semua buatlah apa yang kalian mahu. aku peduli apa?

aku cuma mahu tonton game bolasepak setiap malam minggu dan bersorak untuk man u.

damn u!

MERIAM (BUKAN BULUH)

TIME

please compensate me with more time. i need more time to time myself. lost in time, i don't have enough time.

time.

gone and lost.

PATAH LAGI




nasib baik aku ikut kata-kata guru pang dan tak jadi pemain profesional.

gila ah bolasepak ni!

27.2.10

BIRU

nampaknya jambatan stamford roboh dilanda banjir.

perghhhhh .....

biru memang lahanat!

CAWAN

aku pingin kan 1 lagi cawan. untuk aku simpan di dalam gobok, jadi perhiasan yang cantik.

aku ingat beberapa tahun dahulu, sewaktu mengejar 3 cawan. di pertandingan cawan yang ini, team yang sama telah mencarik robek hati aku. tewas 1-3 pula. minggu-minggu berikutnya, tatkala musim mengutip cawan tamat, ternyata hanya dapat 2 cawan.

adakah sejarah akan berulang?

HARI TAHUN BARU



lagu ini sangat cantik dan indah.

RUNTUH






aku melawat tapak kecelakaan.

aku tanya kontraktor, sapa salah?

dia geleng kepala, tunjuk jari atas langit.

wow! jawaban macam samy vellu.

i likes.

buat sementara waktu, dah buat laporan ke mpsj. aku berani bet (kalau bet itu haram, aku tarik balik), dia akan suruh tuanpunya buat kerja-kerja baik pulih.

aku kena engage avpII ahlil geologi untuk menjalankan ujian tanah dan apa bala lagi untuk mempastikan keadaan tanah adalah stabil dan tak akan runtuh lagi di masa hadapan.

baru ingat nak selesa. haru!

SELESA

risk everything for chance dan jangan sesekali letakkan diri kamu dalam keselesaan.

aku plagiat daripada buku paulo coelho.

kalau dah serah segala-galanya kepada peluang dan sentiasa tak selesa, seronok?

kalau sentiasa nak mendaki kejayaan (sila rujuk definisi berjaya), sampai mana nak berhenti atau terus mendaki?

selesa sungguh pagi ini.

BERJAYA

kejayaan adalah tangga dan bukan di puncak tangga yang didaki.

kejayaan tiada puncak.

selamat berjaya.

CLIFF



aku tak pandai main gitar but this is fucking awesome

26.2.10

RAGBI

peminat ragbi mesti suka pasal gomen nak bina stadium ragbi di sabah yang kosnya RM35,000,000.00.

ada seorang sahabat. hidup mati dengan ragbi. selalu update cerita ragbi di muka buku. tak pernah pula terbaca dia ke sabah untuk apa-apa pertandingan. dan daripada pemahaman aku, ragbi ni banyak dimainkan di sebelah sini, bukan di sana.

ok.

nanti siap, kita selalu ke sabah.

dapat bantu air asia atau mas jual tiket.

hotel-hotel di sabah akan penuh.

duit akan mengalir masuk dan menjana ekonomi sabah.

apa ada pada 35juta. kacang!

BEGITULAH

there is a fine line between coincidence and fate.

begitulah kiranya.

TAMAK

akhir tahun lepas, majikan cerita tentang muka-muka baru yang akan masuk. aku gumbira. maknanya dengan tenaga baru ini, cukuplah tenaga kerja dan makin stabil kedudukan kantor. bolehlah aku keluar dan buat benda lain.

kita pantas hadapan sedikit, majikan beritahu seorang akan ciao. kita pantas hadapan lagi, seorang dah cabut dan 2 orang lagi akan belah. dan hari ini, sah ada lagi yang akan keluar.

aduh.

aku seorang yang tamak dan pentingkan diri sendiri. macamana aku nak belah kalau kestabilan yang aku jangka dah berubah?

25.2.10

TAIK

tema minggu ini ialah taik.

aku tidak merujuk kepad istilah manure yang sering digunapakai oleh haters atau group dengki/anti kepada team bolasepak terbestest di dunia.

sebaliknya aku merujuk kepada bentuk yang aku berada kini. sungguh aneh bukan ayat yang aku terjemah secara terus daripada frasa di dalam bahasa penjajah.

kata sahabat, taik berlaku.

kata sahabat lain, aku terlalu banyak membaca buku sasterawan negara yang berjudul shit.

kata-kata di atas tidak dipetik dalam bentuk asalnya.

aku tak ingin dituduh menyiarkan semula kata-kata orang lain tanpa mendapat kebenaran terlebih dahulu (walaupun aku banyak plagiat kata-kata wak. dia tak pa pasal dia tidak memberi apa-apa kecelakaan tentang apa yang diciplak. tambah pulak, dia adalah pembentuk gaya yang ulung dan telah mengolah dengan kecantikan dan kemerduan nama-nama kawan sehingga menjadi ikutan dan buah mulut orangramai).

akhirnya di kemalaman yang semakin gelap dan tatkala aku telah terlepas tarikh mati, aku jadi semakin penat dan malas.

aku nak balik makan dengan bini. dia dah ajak siang tadi.

tapi di mana ya?

BATAL

aku mendapat khabar dari sahabat betapa rencana untuk menggunakan skim subsidi petrol yang dijangka bermula mei ini telah dibatalkan. seperti lazimnya, sebagai seorang pemalas dan tanpa usul periksa aku menganggap berita itu sebagai benar dan sahih.

dengan semoborononya aku mentertawakan mereka yang telah mencadangkan dan cuba menggarap, menyiapkan dan melaksanakan skim yang bodoh itu.

akhirnya, sepertimana lazimnya dan sepatutnya terjadi. projek tersebut akan dibatalkan.

akhirnya, dan seperti selalunya, akan timbul pelbagai penjelasan membeli jiwa ibarat mebaca skrip drama tv cap ayam yang ditayangkan di saluran rtm1.

inilah barisan kita, yang .......

kau sambunglah sendiri lirik lagu tu mengikut sesuka hati kamu.

24.2.10

TURN OVER

rakan aku dapat offer umw.

pening aku. dia belah esok, makin panas la kepala aku.

tahun ini, turn over sangat tinggi.

macam mana nak over kalau asyik turn je depa ni?

pening.

eh... kerja tak siap.

tambah pening.

makanlah panadol... macam biasa aku dengar frasa ini?

DEFEAT

it is quite obvious now that the benefits of turning yourself into an inhumane being outweigh the hazards of keeping your sanity and your attempts to be human.

faced with this demonic reality, i can only nod my head meekly. not as a sign of concurrence, but to admit defeat.

in a trance.

the reasons are never conclusive as perspective varies. it is quite difficult to be objective. it is harder to apprehend the right or wrong. everything is couched with superficialities. the end has become the means. everything has been reduced into templates and people merely adopt these set of rules.

the silence of the minority is deafening. the majority keeps on mocking us, telling the whole world of its might against the miserly of the few.

23.2.10

MATI BERDIRI

aku sebenarnya dah belakang jadual.

janji petang khamis, siap 2 benda yang perlu aku email sebelum habis waktu pejabat. setakat sekarang kini, apa pun belum mula. kalau ikut logik, memang tak sempat. tapi aku sekarang dah tak ikut logik. ikut sedap aku je. lagi dekat dengan tarikh mati, lagi ligat otak berfikir dan idea mencurah-curah.

petang tadi lepas majikan basuh bebudak (atau mak budak dalam pejabat) dia suruh aku buat 1 surat. 35 minit siap, 5 helai panjang dengan siap quote nas-nas. aku masuk bilik dia, bagi kat tangan dia dan dengan poyonya belah turun bawah. terpinga-pinga dia tengok benda dah siap.

tengah sebok buat kerja buruh (walau aku skip 3 sesi fisio dan masih belum pulih sepenuhnya, aku buat juga kerja buruh kasap ni) untuk boost semangat mak-mak budak yang kena sembur majikan.

alamak.

esok banyak benda nak kena buat.

die standing la.

NOSTALGIA

majikan "mengamuk" tadi siang.

digegarnya orang-orang sekeliling. aku yang dah imun ni macam kebal lah pulak. tak disemburnya padahal aku ada bahagian dalam amarahnya itu. kalau diamuknya aku tadi, memang lunyai. aku ni kalau dah silap, memang tak melawan punya. pasal guilty conscience tinggi.

malam tadi sebelum pulang, majikan masuk bilik aku. aku pasang lagu ares lament, dia lamented... lagu apa lah aku pasang. langsung aku taruk lagu heavy chains, melompat sekejap dia. teruja. eh ... rock juga majikan aku ni. ingat layan barbra streisand?

COO aku pulak bising. apa lagu pasang ni? aku selongkar laci, jumpa cd the police. pergh... dah bertahun tak layan.

jadinya masa balik dalam kereta tadi, meletop speaker aku layan lagu-lagu the police.

malam ni, aku nostalgia.

22.2.10

TROUBLE IS A FRIEND

ARAH

kitaran itu kembali tiba pada tahun ini.

seorang dah pergi, 3 lagi menyusul sampai ujung bulan mac. all in, 4 casualties. keadaan kembali normal?

jika diberi pilihan, seorang pun tak akan aku tahan. tapi majoriti cuba menyelamatkan seorang. aku skeptikal sama ada proses rescue ini akan sukses. dalam sikap tipikal aku, jangkaannya, dia akan pergi juga. tiada apa yang dapat menahan.

impak?

entah. tak rasa apa-apa kot. begitu lama di sini sampai aku dah mangli dengan orang yang datang dan pergi. aku tak peduli. biar. masing-masing punya arahtuju sendiri.

arah aku?

21.2.10

CUTI

Malaysia terlampau banyak cuti?

Aku suka cuti. Cuti umum, bukan cuti yang terpaksa aku pohon dari majikan. Pasal tu akhir tahun lepas, cuti tahunan aku cecah 100 hari. HR aku naik meluat. Dia sound aku, pehal banyak sangat cuti ni? Tu masa dia baru join. Lepas beberapa bulan, dia senyum kat aku. Dia bilang, aku tau pasal apa kau malas ambik cuti. There you go.

Hasilnya, HR propose pada majikan untuk beli setengah cuti aku. Hasilnya lagi, dengan duit tu aku bejalan masa CNY hari tu. Merasa le beli barang sikit-sikit. Untuk diri sendiri, adik-beradik dan teman sekantor.

Jumaat ni ada cuti umum lagi.

Bak kata encik RenmaNja, I likessss.

20.2.10

MASAK

taman good is on.

everton 3 man utd 1.

wow!

masak aku digelakkan minggu depan. cepat.... fikir cara-cara melawan...

shit ... tak ada apa alasan.

masakkkkkk

SOME HEADS ARE GONNA ROLL



inilah yang aku dok sebut hari tu.

RED HOT



panas membara ni.

MARI BELAJAR

malam semalam (membawa ke pagi buta) aku belajar banyak benda di sektor 7 shah alam.

pertamanya, jika kamu punya sistem bunyi keliling dan menghadapi masalah bunyi berdesir bila menonton tv, ada 2 solusi. pertamanya, mute kan suara. kalau masalah masih berlanjutan, tutup suis semuanya. brilliant. aku inzal dengan solusi ini.

keduanya, apabila kamu ingin membuat perbandingan di antara 2 variables, kamu cuma perlukan software untuk membuat kerja tersebut untuk kamu. mudah (sebenarnya perbincangan amat panjang lebar dan aku hanya melopong tak paham).

ketiganya, cara-cara meng upload video klip ke dalam blog (seterusnya mempersetan ibliskan undang-undang hakcipta terpelihara).

keempat, cara-cara memberi bonus dan penggunaan KPI di pejabat. aku nak rekomen kepada majikan agar teman-teman aku ini dilantik sebagai konsultan HR yang baru. pasal aku dah tak percaya dengan hasil dan mutu kerja konsultan yang lama. yang banyak memeningkan kepala (batu) aku. di masa yang sama, aku akan tegar dan berpegang dengan konsep wak, jangan gajikan konsultan orang putih. pasal depa makan cheese, bukan belachan.

pulang ke rumah, aku berasa sangat bijak dan bertuah.

dapat ilmu free dan paling penting, meneruskan silaturahim yang terbina sejak 25 tahun dulu.

TQ

terima kasih kepada encik RenmaNja yang mengajar aku cara-cara upload video ke dalam goblok aku. goblok sungguh encik RenmaNja! eh .... tadi ucap terima kasih, sekarang (atau "skang" kalau mengikut bahasa renmaja) marah pula. kenapa (atau "naper" jika ingin fesyenebel dan tampak renmaja)? agak-agak perbuatan mengepos video-video ini melanggar undang-undang hakcipta atau paten? mamposssss...

jadinya di hari sabtu yang panas di awalnya dan kini mungkin dituruni hujan lebat (ingat kata orang-orang tua, guruh di langit, air tempayan jangan dicurahkan)aku pun memasukkan 2 video klip lagu yang aku suka.

ok.

aku nak tidor sekejap.

malam kang ada game bagus di tv.

juara bertahan bertemu pasukan biru merseyside di taman good is on jam 8.40.

MOUTHFUL OF SHIT



mulut kau bau tungkik wei!

baik kau jangan cakap apa-apa dan tutup saja mulut.

FAITH ALONE

EXPERIMEN

Kembali ke pakli s.7 shah alam setelah tuang berbulan-bulan.

Seperti biasa, pakli dipenuhi anak-anak ikan. Dengan lap top dan berbagai-bagai gadget.

Untuk tampak fesyenebel dan renmaja (istilah ini aku plagiat daripada wak), aku pun membuat entry ini.

Sebenarnya aku tengah eksperimen.

Nampaknya aku berjaya.

19.2.10

KALAU NAK CEPAT, IKUT STAIL MAHKAMAH

orang tua-tua dahulu tak suka perbuatan yang terburu-buru. sapa yang kalut mesti kena marah. dipesannya, sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

tapi adalah tak fesyenebel (aku isytihar perkataan ini wujud mengikut ejaan aku dan akan menghantar memorandum ke dewan bahasa pustaka agar perkataan ini diiktiraf sebagai sahih) untuk perlahan-lahan dalam setiap perbuatan.

jadinya, kalau kamu perlu modul atau contoh atau sistem, rujuk sahaja ke mahkamah kita. mereka tahu bagaimana nak mempercepatkan semuanya. mereka tahu macam mana nak submit report yang cantik-cantik kepada kepala hakim negara.

kepala hakim negara pun dengan kembang-kempis hidung akan menguar-uarkan kepada media, lihat! betapa aku berjaya mengurangkan kes di mahkamah, menjadikan kes-kes cepat diselesaikan.

G4GILA

gila ah.

nampak sangat off side. orang buta pun boleh nampakla. tak payah pakai teropong atau guna teknologi rakaman tv atau cctv. satu dunia nampak. peliknya, pembantu ref tak nampak. adakah aku penyokong fiorentina? tidak. sama sekali tidak. aku cuma simpati akan kegilaan yang berlaku semalam.

yang pundits pulak bertekak sama ada gol falcao patut dibenarkan. sorang kata, betul. sorang lagi kata, ref bangang pasal sahkan gol itu. arsene seperti biasa akan komplen. malangnya, i don't feel for you arsene. what comes round, goes round. pusing round about atau naik merry go round. yeahhhh ....

apakah yang harus kita lakukan?

tak dak apa-apa.

itukan keseronokan permainan sepak bola. spontan dan penuh aksi mendebarkan yang tidak dijangka.

18.2.10

F4FUCK

jangan... jangan ....

itu tak bagus untuk kesihatan tubuh badan.

jangan .... jangan ....

menggunakan perkataan itu untuk mencarut kerana ia merosakkan rohani.

mana lebih elok, maki menggunakan perkataan "fuck" dan rosak rohani sendiri.

atau.

fuck rohani dan merosakkan tubuh badan rohani?

jangan .... jangan ....

itu semua kerja sia-sia.

fuck la wei!

E4EGO

bukan manusia kalau tak ada ego.

kalau terlebih ego, susah gak. orang dah kata jangan cintakan anna key, si rama-rama, dia bercintan cintun jugak dengan anna key. anna key tak membawa kau ke mana-mana melainkan kancah kehancuran. mau mati? mau mati lekas?

kalau dah ego, kata apa pun tak guna. sebagaimana gunasegaran yang menjadi pemabuk todi dan memukul isteri. tarak guna itu gunasegaran!

ego bukan tabiat tapi penyakit.

penyakit ada ubat banyak, tak ada ubat pun banyak. ego ialah penyakit yang susah nak diubat. makan ubat batuk sebotol pun tak hilang penyakit ego. yang hilang cuma waras dan siuman si peminumnya. jangan... jangan ... makan panadol 1 botol puntak hilang ego ni. yang bisa hilang ialah nyawa pemakannya. jangan .... jangan ...

di persimpangan pilihan tiada opsyen, apa nak kamu lakukan?

D4DUNGU

memenuhi sesatunya planet yang bisa didiami manusia. buat menyesakkan ruang yang makin sempit ni. buat merugikan oksigen yang makin berkurangan ni. buat menghabiskan beras ... tapi tak mengapa, rakyat jelata kini lebih suka makan fast food atau maggi mee atau untuk yang cuba-cuba diet, sayur-sayuran dan buah-buahan.

tahu tak kau bahawa makhluk bernama manusia ini perlu kedua-duanya. ini cerita makan ya, manusia perlu makan daging dan sayur-sayuran. kamu gemuk kerana malas exercise atau kerana faktor genetik. eh ... getik/gedik pulak minah ni.pi main jauh-jauh. aku ada kerja yang perlu disiapkan sebelum hari ini menjadi malam jumaat sepenuhnya. sebelum hantu pejabat keluar dan mencekik aku. aku takut hantu sebagaimana aku takutkan penolong HM aku dulu. bukan takut sebab dia garang atau jahat. tapi sebab dia sebat aku macam nak hukum bunuh.tak kesian ke sebat anak orang yang innocent macam aku?

owh ... budak baik tak akan disebatkan?

ok.

budak-budak dan mak bapak yang dungu sekalian. insaflah. dungu membawa kehancuran, ia tidak baik untuk masyarakat dan alam sekitar. benda-benda yang merosakkan harus dijauhi.

jangan jadi dungu.

C4MATI

wooooo ...

aku tak bermaksud bahan letupan c4, ini isu sensitif. masalah negara. aku bukan negarawan nak libatkan diri dalam permasalahan sebegitu. aku juga tak nak kaitkan c4 dengan kematian sesiapa.

yang aku tau semua orang akan mati.

yang aku tak tau, bila aku akan mati dan dengan cara apa.

see .... nampak tak ke mana halatuju entry aku ini? nampak??? kalau tak nampak, kau memang anak *****. kau bukan brader!

kalau kau nampak dan faham, kau memang terer!

B4BODOH

sebelum atau sebenarnya b itu lambang kebodohan?

memang mengundang sikit kekeliruan tatkala umat malaysia bebas mencampur-adukkan bahasa penjajah (istilah politik yang betulnya- bahasa inggeris) dengan bahasa melayu (istilah politik yang betulnya - bahasa malaysia). ketika umat malaysia begitu asyik mengayakan syarikat-syarikat telekomunikasi dengan khidmat pesanan ringkas dan mencipta akronim-akronim baru.

apa kata tajuk bukan perkara utama.

tajuk bisa mengelirukan.

isinya yang penting.

di kesyahduan pagi ini dan tatkala mata masih belum mengantuk, tiada apa isi yang disajikan. melainkan rangkaian kata-kata tak bermakna, dimain-mainkan. dimomok-momokkan.

dan di dunia lain, manusia berbunuhan sesama sendiri, mewujudkan konflik atau cinta baru, melampiaskan nafsu serakah atau gigih mencari rezeki. masing-masing dalam spektra kehidupan, sama ada sedar atau tidak akan pengakhiran yang menanti.

di sini, panas siang beralih-alih diganti dingin embun.

esok pagi, kitaran kita bermula semula.

RAMA-RAMA, NAMANYA ANNA KEY

Peradaban manusia mencipta konflik berterusan. Disulami dengan kisah cinta klasik atau tragik. Dalam pertembungan konflik dan cinta, utopianya ialah cinta mengatasi konflik. Tapi realitinya, bagai suatu garis halus ilusi yang memisahkan kedua-duanya ke suatu jurang yang sangat jauh. Cinta dan konflik mesti dipisahkan menjadi dua entiti berbeda. Yang tak bisa bergaul seperti nasi dan kuah serta lauk-pauknya.

Kata orang, dalam cinta dan tatkala perang sama saja, semuanya adil.

Aku mencemuh kata-kata itu. Mana boleh adil dalam percintaan. Apatah lagi sewaktu berperang. Itu kata-kata bullshit! mereka tak faham akan perkataan adil itu atau cuba memomokkan perkataan yang amat besar dan agung itu. cissss….. bedebah!

Anna key, si rama-rama telah mengalami metamorfisis dari kepompong yang hodoh kepada jasad baru yang mempersonakan.

soalnya, adakah manusia faham akan kecantikan Anna Key, si rama-rama?

tahukah manusia di balik rupawan Anna Key, si rama-rama, tersimpan dan tersembunyi kebobrokan yang amat jelik?

ramai yang dambakan Anna Key, si rama-rama tanpa sedar, mereka mengundang chaos dan gundah-gulana. huru-hara dan konflik yang bertali-temali. semua atas kebodohan mengejar cinta Anna key, si rama-rama.

17.2.10

ANOMALI

anomali berlaku lagi.

aku rasa kalau apa yang aku anggap sebagai anomali kerap berlaku, maka ia harus menjadi suatu yang habitual. tak layak lagi dipanggil anomali. janggal.

aku tak mau labelkan ia sebagai habitual mungkin kerana sifat denial aku masih tinggi. adakalanya memang indah hidup dalam penafian. tapi sampai bila?

teng teng teng ....... (muzik latar yang sengaja diada-adakan dalam kepala lantaran terlalu banyak menonton filem p ramlee).

apa akan berlaku?

tunggu je lah, whatever will be, will be.

SIMPLE

ketemu sahabat lama.

lokasi : ibramsha nasi kandar jalan tuanku abdul rahman.

topik : uang kerja dan masa depan.

konklusi : konsep aku tentang hidup yang simple dihimpit komplikasi kerana aku cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran yang alien buat aku. alien? 10 tahun masih asing?

solusi : hidup adalah simple. dijadikan rumit oleh kita sendiri.

TIGA MASIH BISA

wayne rooney.

2 gol dan man utd di tempat duduk pemanduan. di san siro, kedudukan akhir man utd menang 3-2. perlawanan timbal balik di OT kelak pasti turut mendebarkan. aku tak bangun tonton pagi tadi. kerana penat. amat penat dan sengal-sengal badan. 4 hari berjalan menjerihkan badan tua aku.

kata kawan, perlawanan mendebarkan. apatah milan di depan selepas bermula 3 minit. tapi seperti yang acapkali berlaku musim ini, red devils sangat bermula perlahan. lambat panas. bila dah panas, fans lawan di dalam air cond atau bawah kipas bisa berpeluh kepanasan.

jadinya, impian masih berterusan. mengejar 3 piala.

seperti selalunya, 1 tak cukup.

16.2.10

HOME SWEET HOME

kata majikan, di sini panas woi! elokle sana hujan semedang.

ye, hujan menyejukkan. tapi kalau nak sejuk dan berbasahan, tak perlu aku terbang beribu kilometer. kat sinipun boleh. tak payah pergi sana.

aku suka sight seeing. terutamanya benda yang tak ada di sini. aku nak tengok kawah gunung berapi. aku nak tengok mata air dan kolam air panas (betul, sini pun ada). bukan takat pergi FO. kat sini pun ada FO, cuma tak sebest di sana. pasal kat sana berbaloi-baloi murah. 1 beg penuh sampai senget bahu. pinggang aku pun macam dah tangkap lentuk. sabar ya, sabar.... jangan buat hal. aku tengah cuti. kalau nak buat hal, tunggu time kerja. boleh aku ambik MC. cuti extra 1-2 hari.

sampai petang tadi, berbahang.

bahang ke, panas ke, beruap ke, this is my home. home sweet home.

tempat paling best dalam dunia.

12.2.10

KUNG HEE FAT CHOY

tak packing lagi. masih di ofis.

bukan tak excited nak pergi tapi otak sangat serabut dengan kerja. maknanya, selera rokok aku akan melambung naik. dan selera makan aku akan menjunam jatuh. kata orang, dah makin kurus. aku tengok cermin, macam ya.

senang cerita, bawa beg kosong. sampai esok terus pergi shopping.

tapi kawan aku yang pergi hari tu kata kena tahan. imigrasi tanya apasal beg kosong? bodoh apa? punya pasal la nak bawa beg kosong ke, 3 beg penuh ke. kau apa susah? kau kena isi bagi penuh ke beg tu? macam-macam pe'el la dia orang ni.

ni ramai yang dah kirim ni. bagi air liur je. perghhhh ... aku ni tokeh air asia kot? banyak duitttt. eleh, tu pun nak berkira ke? macam-macam la aku ni.

nampaknya blog aku akan senyap 5 hari.

jumpa lepas CNY.

gong xi fa cai.

11.2.10

SEJARAH BERULANG?

pada masa ini setahun yang lalu, koleksi pungutan wang aku kekurangan sebanyak hampir RM43,000 daripada target yang ditetapkan oleh MP. tahun ini, untuk tempohmasa yang sama aku kurang RM40,000.00. adakah ini maksudnya sejarah akan berulang?

maka jika sejarah akan berulang, aku akan tersenyum puas bila datang bulan mei nanti.

kenapa?

dapat bonus?

dapat kenaikan gaji?

dapat elaun tambahan?

bukan. bukan.

jangan silap agak.

aku senyum kerana bahagia.

aku senyum sebab bangga.

aku senyum pasal gembira.

man utd menjadi pasukan pertama juara liga kali keempat berturut-turut.

red devils akan menjadi juara buat kali ke 19, mengatasi teams lain di epl.

aku dah simpan kahak banyak-banyak nak ludah kow-kow, siap la kamu semua!

CERIA

di taman villa, keputusan sudah ada. nampaknya dua-dua team segan untuk mengaibkan team lawan dan memutuskan untuk berkongsi mata. oh ya ... anak keling tak jadi hero hindustan ... dia jadi SETAN! kena mandi awal pagi ni pasal menerima ang pow terlebih awal dari ref. perbuatan menerjah kaki pihak lawan di tengah padang dan bukannya sewaktu gawat adalah suatu tindakan yang boleh dianggap keterlaluan bodohnya.

di taman good is on, pendahulu liga diaibkan oleh team biru merseyside. bekas red devil yang kini berambut perang/oren menjaringkan kedua-dua gol, menewaskan penjaga gol yang memakai topi untuk lindungi otaknya yang telah bergegar dahulu. nampaknya tinggal 1 point je lagi ni daripada juara bertahan.

di emirates, meriam buluh hari ni menggunakan kabait yang mencukupi dan telah melecurkan loser of the season, iaitu loser (bloody fucking) fool hasil tandukan diaby. timbul sok-sek dan ketidak puashatian di kalangan scousers yang menuduh pemain meriam buluh menahan bola ledakan steven g dengan tangan di saat-saat terakhir perlawanan. nampaknya rambut wenger akan kembali lebat.

team bangau putih yang angan-angan tinggi nak jadi top 4 akhirnya dimakan serigala oren. pengurus bangau dijangka akan terkebil-kebil dan mengangguk-angguk kepala tak faham kenapa pasukannya tewas lagi.

hari yang ceria.

nota kaki? nampaknya peminat red devil turut mengesahkan bahawa cesc fabregas telah menjalani latihan bersama-sama bekas kapten meriam buluh telah berjaya menampan ledakan bola steven g dengan tangan. bravo!

10.2.10

DENDAM

pagi ni kita pi taman. taman villa namanya. jangan lupa. ada misi pembalasan.

harapnya anak keling nombor 17 main bola dan tak belakon drama hindustan lebih-lebih. nanti fans meluat, kena jual kau. dengan jambul-jambul kau kena jual.

apa la si kopite ni dok menjerit-jerit kat bb aku?

budak-budak pingat gangsa ni main jauh-jauh boleh tak? aku alergik dengan warna gangsa ni. abis gatal badan aku.

takat nak main piala juara-juara kampung eropah, silakan. boleh le melawat tempat-tempat yang tak pernah kitaorang sampai. pandaikan sikit dada tu dengan ilmu alam. dah jerih susah-payah ke tempat ulu-ulu sebegitu, usaha lebih sikit musim hadapan. atau tak payah lagi nak melawat tempat-tempat tidak bermakna tu. buang duit beli tiket bas.

eh ... kopite dah diam? bagusssss.

MOMOK

konek.

bukan bahasa penjajah yang dieja melayu.

konek.

setengah orang sebut pelir dan macam-macam variasi lainnya. aku tak mau panjang lebarkan istilah ini. dah faham?

ok.

kamu bawa kes ke court. bila kena 5-0 kamu kata macam-macam. tak adillah. tak bebasla. dipengaruhi kerajaan la.

wei. kalau dah tau tak adil atau tak bebas, kenapa pergi mahkamah pada asalnya?

baring je la tengah jalan atau berhentikan kereta Raja Muda ke, m Bee ke. bakar bunga api ke, baling batu-bata ke.

kamu kata sistem kehakiman memomokkan keadilan.

kamu pun momok juga (momok dalam konteks sekaum kerabat dengan hantu).

JEPUN

itulah.

kau bangga sangat dengan jepun.

hari tu toyota panggil balik, sekarang pun honda pun buat benda yang sama. pernah dengar proton atau perodua panggil balik kereta depa? yang dengar, kereta proton atau perodua terbelah dua ada la kan.

nampaknya masalah proton atau perodua bukanlah berkait rapat dengan isu mutu atau kapasiti mengeluarkan jumlah kereta yang banyak. ia lebih kepada strategi pemasaran yang tak bagus. kalau tak abisla toyota dan honda nganga masuk angin keluar asap.

kereta nasional untuk orang tempatan sahaja?

sampai qiamat untung tak besar. macamana nak masuk f1? pegi belajar dengan petronas. tak pun tanya hasan merican.

tak masuk f1, tak best la.

CUKUPLAH

cukuplah.

tak larat dah ni. kau tak tau ke bila nak berhenti? asyik berpusing-pusing tak mau fahami. padahal apa yang aku kata dan apa yang aku jelas, mudah difahami. sama ada kau buat tak tahu atau saja buat bodoh. kau tahu atau tak, banyak masa aku terbuang. semua pasal kau.

tak cukup lagi?

kalau begitu, memang tak akan abis kisah ni. bila lagi nak nak tamatkan? tahun 2020? kan senang kalau kita boleh selesaikan sekarang. kini. di sini.

entahlah.

makin kau drag benda ni, makin berat aku nak papah bebannya. kau bukan tak tau yang pinggang aku dah koyak hari tu. gara-gara angkat fail. mana larat lagi nak carry wei.

untuk itu, izinkan aku berdendang 1 lagu khas untuk kamu :-

pok amai-amai, belalang kupu-kupu
tepuk pandai-pandai, korokmuuuuuu.

9.2.10

BIAR

orang kata ,mengikut peredaran masa dan semakin matang.

orang kata tiada pendirian dan cakap berpusing-pusing macam lalu round about.

apa saja kata orang, kau fikirlah.

dengan bijaksana. dengan matang. dengan waras.

tak payah nak bermasam muka dengan aku. bertambah hodoh rupa kau yang buruk tu.

tak payah bermanis-manis macam badut, kerana di balik solekan tebal tu mungkin kau tengah muncung dengan aku.

kita ada, mereka ada. semua ada. yang tiada, tak payahla nak diada-adakan.

nanti hantu yang kau puja-puja menjelma, tak cukup tanah kau nak lari.

demam tak kebah berhari-hari.

biar, biarlah, biarkan.

BODOH

boleh atau tidak untuk kalian, buat seketika, pisahkan segala benda yang terjadi di negara ini daripada politik?

aku jelak. aku muak. aku meluat. aku menyampah. aku dah penat.

kamu fikir masak-masak sebelum berkata-kata.

orang nampak di sebalik kata-kata kamu. orang faham. sia-sialah kamu menghantar anak-anak watan ke luar negara atau dalam negeri untuk mengaji tinggi-tinggi. kamu liberalkan sistem pendidikan untuk mencambahkan institusi pengajian swasta. dengan harapan (alasan) untuk meningkatkan mutu pendidikan negara. dan kemudian kamu perbodohkan graduan-graduan ini. pelik? hairan? kamu yang pelik kerana hairankan yang pasti.

tiada yang lebih bebal daripada orang bodoh cuba perbodohkan orang yang lebih pandai daripadanya.

dan adalah malang orang yang pandai sedia dibodohkan oleh orang-orang bodoh semata-mata untuk menunjukkan yang dia pandai di kalangan orang-orang bodoh.

BOLEH

aku tersadai dengan banyak benda yang nak dibuat dengan sedikit masa untuk siapkan. lemas???

aku tak cukup masa tapi terpaksa menghabiskan banyak masa di suatu tempat bukan atas pilihan aku. rimas????

teringat kata-kata james hetfield :

life is ours, we live it our way, all these words i don't just say, and nothing else matters.

james juga pernah berkata :-

no one but me can save myself but its too late, now i can't think, think why should i even try.

begitukah jadinya?

jangan putus asa. ingat kata-kata atau mantra keramat ini "MALAYSIA BOLEH!!!!"

ptuiiiii

SIHAT

kenapa agaknya kebelakangan (dinasihatkan kurangkan penggunaan perkataan "belakang" selalu sangat demi menjaga sensitiviti sesetengah pihak) aku dah tak marah sangat?

marah itu bagus.

terlebih marah pun bagus.

asyik nak marah-marah tak bagus.

pasal apa?

orang yang asyik marah-marah ni selalunya berpenyakit, tak sihat.

eh ... dah sihat ke adik aku? khabarnya masuk hospital pasal kandungan anak pertama dia ada masalah sikit. adik ipar aku (yang sekampung dengan MB perak) teks tadi, katanya cuma perlu lebih rehat. lega aku. walau tak seakrab macam masa kecik dulu, aku tetap sayang adik-adik aku. kedewasaan menjarakkan kami. bukan saja jasad, tapi juga kemesraan. dah besar ni, masing-masing pandai sangat bawa diri. ok le kot?

eh ... marah ke ni?

dengan lohgat yang tebai, aku katakan "dok aihhhhh......".

aku sihat. ada penyakit, tapi sihat.

COURT

seperti man utd melawan pompei, nizar telah dibelasah 5-0 oleh mahkamah persekutuan. maka anak keling berasal dari kampung nelayan yang kini pulau pelancongan tersenyum gumbira. bos kata, aku ni PAS. heh... malam sikit. aku dah tak main politik ni.

aku sekarang nak bikin filem.

filem pasal jotos arbok liwat dan sodom.

mesti meletop!

penyokong anwar ibrahim mesti nak tonton.

masalah aku pelakon yang aku nak gajikan.

nak ambik anwar ibrahim, dah pasti dia meringkuk lagi di sungai buluh. nak ambil saiful nanti dia demand tinggi-tinggi. tak untung... tak untung .....

eh.... apa cerita ni?

8.2.10

IRONI

ada 1 ironi berlaku.

aplikasi web 2.0 (jadah apa ni?) menjadi kegilaan ramai kini. mereka tidak malu memuatnaik pelbagai jenis foto hatta yang nampak celah beda atau berpeluk sana-sini dengan sesiapa saja atau memegang gelas atau botol arak. yes! tak lama lagi apa yang dibuat atas katil atau bawah selimut juga akan dipaparkan untuk tontonan umum.

apa ironinya?

mereka ini juga yang berarak (selepas semalaman meneguk arak) menentang korupsi dan salah-laku politik, memperjuangkan kebebasan atau hak asasi, melaung-laungkan pentadbiran telus dan lain-lain lagi.

nampaknya budaya dan konsep perjuangan global diaplikasi bercampur-aduk jadi cerita mabuk, semabuk mereka meneguk arak dan air liur siapa-siapa setiap malam.

tahu atau tidak, penyakit anjing gila boleh merebak melalui air liur?

melalak-melalak sampai aku naik jelak.

ADUH

tak siapa perlu memohon maaf.

atas dasar itu, dunia ini akan aman kerana tiada lagi manusia apologetik yang terlalu asyik memohon maaf sana sini. kerana sifat apologetik itu amat menguntungkan golongan-golongan oportunis yang asyik masyuk mencipta konfrontasi.

penjarum-penjarum apokalips gelak gembira.

penjilat-penjilat anarkis bersorak-sorai.

anjing-anjing kapitalis teruja inzal.

waduh, hebat temasya ini.

7.2.10

PENING

ceritera yang aku lalui menjadi semakin best dan memeningkan.

agak aku yang dah lalui banyak sandiwara dan drama, ini yang paling best kot. kerana banyak sub-plot dan melibatkan watak-watak antoganois dan protagonis yang tak dapat aku kenal pasti. rasa macam gang dengan orang baik, tapi mungkin juga dia crook. rasa tengah bergaduh dengan samseng, mungkin juga dia under cover dan protector aku. pening ... pening ... malam ahad kalau pening memang best.

dari episod ni, mengundang episod baru esok dan tergendalalah urusan resmi aku yang dirancang jumaat lalu. ramai yang panas bontot (tanpa merujuk kepada saiful bahari mahupun anwar ibrahim) atau panas hati. aku cuma panas kepala pasal otak tengah menggelegak. pening ... pening ...

teringat aku iklan di tv, makanlah panadol!

abah kau!!!

GOOD OR EVIL

this is a story about the struggle between good and evil.

as in fairy-tales, good prevails.

the good guys live happily ever after as if they live forever.

suddenly there is a slight twist to the story.

the shiny happy people get depressed. they hate the guts of one another and start a fight. what???? good guys are fighting with one another?? that cannot be.

there is now, a very confusing and uncertain division of what is good and what is evil. are we now doomed?

MAKAN

bekerja setiap hari is nothing new. dalam kamus pekerjaan di kuala lumpur yang penuh lumpur, ia adalah normal. siapa kata perlu rehat? dia pemalas! siapa kata tak boleh bekerja ujung minggu, dia tiada stamina.

minggu yang hebat pancarobanya dan memenatkan akan berakhir. diikuti minggu yang sama meletihkan, dan akan berulang-ulang sehingga hujung tahun. masa tak akan mati, sehingga bila-bila. kamu akan mati. mahu mati? tak mahu???? bodohlah kalau tak mahu mati.lagi bodoh kalau dah tahu akan mati, matikan hati.

semalam di putrajaya. makan, makan dan makan.

pernah jemu makan? aku pernah. pernah malas nak makan? aku selalu.

makan adalah kelangsungan hidup? makan boleh membunuh? anomali!

aku tak setuju bahawa hidup hanya untuk makan atau makan hanya untuk hidup.

6.2.10

AWAK JUGA?

u2.

bukan. aku bukan merujuk kepada kamu. tetapi kepada band tersohor dari dublin, ireland.

aku tak tau pun kewujudan band ni. dan depa ni dah hebat dan laku di pasaran. first aku dengar masa kat itm. tahun 93. album yang aku dengar - joshua tree. aku terpegun dengan riff guitar the edge. aku syok layan irama lagu depa. suara bono pun kira mantap jugak. instead of dubbing, aku berazam nak beli yang asli.

berkejar aku ke seksyen 2 cari album-album u2. memandangkan status kewangan aku sedikit baik daripada zaman sekolah, aku dah mampu nak beli kaset original. nyonya toko musik tu kata yang ada cuma joshua tree dan achtung baby. aku terus beli dan pesan dia untuk order 4 album terdahulu. terbang budget rokok aku. gelisah tunggu delivery selama 2 minggu.

seperti the police, 3 album pertama u2 sangat raw dan masih mencari arah. aku tak berapa minat, jadilah kaset-kaset tu tempat pembiakan fungus. unforgettable fire mungkin (bagi aku yang tak pandai musik) adalah tapak kepada identiti lagu u2.

malangnya, u2 turut dilanda kemelut dan gundah-gulana musik tahun 90an. zooroopa masih sedikit ok, pop hancus dan semua album lepas tu, menyakitkan telinga aku. orang kata all that you can't leave behind telah kembali ke akar umbi. malangnya, aku masih tak dapat terima.

mungkin aku masih terperangkap dalam musik 80an?

awak juga?

5.2.10

ANNIVERSARY

dude, hari ni genap 10 tahun aku jadi laki orang. kalau kamu bodoh tak faham atau terlalu pentingkan istilah moden, laki tu maksudnya suami. ada erti? bagussss.

kalau ikut tarikh nikah, semalam la. dan aku langusng tak beli apa untuk bini aku. bukan pasal lupa, aku ingat sangat-sangat. cuma tak sempat. sibuk dengan hal pejabat. hajat nak ajak dinner terbantut pasal nak kena prepare kes siang tadi. oh ... bukan... bukan. aku tak terbabit dengan kes sodomy. pasal kalau aku ada dalam tu pasti aku kena halau oleh yang arif hakim. apa taknya, aku mesti termuntah dengar perbuatan lahanat tu secara detail. ptui!!!! cilaka kau saiful bahari. celaka kau al duburi. hahaha ... mangkuk le DSAI ni. eh .... rhyme kan?

siang tadi aku kena buli. kena torak. kena chong. kena tipu. cilakak! nasib baik aku budiman. nasib baik aku sporting. aku layan je. hasilnya sampai jam 11 aku kat ofis. cilakak! nasib baik tak kena kacau oleh hantu mesin fotostat. kalau aku pengsan, alamat tak hadir le esok untuk menutup kes. apa aku nak jawab kat klien? mana nak taruk muka? kat kepala le wei!

minggu hadapan cuti 4 hari. aku lari dari sini. jalan-jalan dengan bini. tukar angin. mesti fun. hopefully ... julung-julung kali berjalan berdua. sumpah, dari hari akad nikah sampai lani, tak pernah honeymoon. high time dah ni spend masa dengan bini di luar tabiat biasa. itu tak mengapa, jangan buat perkara luar tabii. nanti jadi macam DSAI. masuk keluar, turun naik mahkamah. buang masa. buang duit. rugiiiii .....

4.2.10

APA KES?

dekat tepi ofis aku ada sign board yang tertulis "laluan bertentangan". kawan aku tanya, apakah maksud papan tanda tersebut? aku pun menjawab, laluan luar tabii aka menyongsang. sama seperti kes DSAI. hahahaha dia gelak. ceh.... kau kan salah-sorang yang prosecute DSAI masa kes sodomy I dahulu. purak-purak lupak ya.

padanla dari semalam ke hari ni, manusia penuh di kompleks mahkamah jalan duta. mereka pasti frust kerana sesi esok pagi akan dijalankan in camera. tak dapat le melopong mulut dengar saiful buhari cerita dengan eksplisitnya cara-cara cemana dia ditoron oleh DSAI. aku cuma minta 1, jangan ada jantan yang stim udah. tak normal kau!!!! hampas!!!!

ujung tahun ni habis kot kes ni. tahun hadapan pilihanraya umum ke 13 tanpa kelibat DSAI yang bagai sirih pulang ke gagang, masuk sungai buluh semula.

nampaknya terpaksa le nyonya azizah kembali aktif berpolitik. takkan anak no 2 pulak bertanding di kampung aku? mau cipta empayar/dinasti DSAI ka? tarak orang lain ka? tapi kalau chinaman tak tau cakap melayu yang jadi famous gara-gara tangkap video korek korek korek boleh jadi m PEE, mende wei???

3.2.10

HINDUSTAN CHAAAA



aku balik kampng di permatang pauh. mak teh aku pasang video cerita ni. menitik air mata aku nonton cerita hindi ni. nasib baik arwah abah aku tak ada masa tu, kalau tak mesti kena kutuk rapat. arwah sangat antikan filem hindi sebagaimana dia bencikan gusti. aku pun tak ingat masa tu darjah berapa.

cerita hindustan memang best pasal depa pandai bermain dengan emosi manusia. masa tu pula kecik lagi, syahdu aaaaa.

seingat aku tak dharmendra yang bersahabat baik dengan amitabh bachan mengorbankan dirinya dengan menipu amitabh. you see, apabila mereka berebut sesuatu, dharmendra akan toss the coin untuk memilih pemenang. dharmendra akan sentiasa memilih side yang sama dan hasil lambungan tu, amitabh yang akan menang.

pada babak-babak terakhir filem tu, mereka berhadapan dengan maut diserang gang jahat, amitabh mencadangkan mereka berdua serbu je gang jahat macam cerita koboi jahat lakonan paul newman dan robert redford tu, ala ... butch cassidy and the sundance kid tu. tapi dharmendra tak setuju. dia kata toss coin le. tapi dharmendra kata kali ni, aku nak pilih side yang satu lagi pasal kau je selalu menang. ternyata, dharmendra le yang terpaksa menyerbu orang jahat sorang-sorang sementara amitabh pergi cari bantuan.

by the time amitabh sampai, gang jahat dah abis kena sapu tapi dharmendra pun tinggal nyawa-nyawa ikan. tetiba coin tu bergolek... alamak!!!! macam cerita p ramlee daaaa. dadu yang ibrahim pendek lambung dalam filem ali baba bujang lapok. coin tu dua-dua belah sama da. baru amitabh tahu yang dharmendra selama ini berkorban untuk dia dan pada hari tu, berkorban nyawa. huk huk huk ... aku meratap kematian dharmendra.

kalau tak silap aku, macam tu le kot ceritanya. almaklum, dah dekat 25 tahun aku tengok cerita tu.

ADIK

dah lama tak bermain dengan budak kecik. maksud aku 4 tahun ke bawah. kalau dah lebih umur tu, tak fun.

teringat zaman-zaman mengasuh adik-adik termasuk mencebuk bontot serta menyuap makanan. adik-adik yang manja lani nak bersembang 3 bulan sekali dengan aku pun payah. bak kata arwah abah, adik kena kontek abang, bukan terbalik kot. aku amal prinsip tu. korang tak call aku, bolayan. kecuali peminat tegar meriam buluh yang pasti tak akan lepas dari sakatan aku. nasibla kan, sapa suruh sokong team bukan-bukan. for the record, arwah abah aku juga penyokong arsenal. tapi pastinya bukan di zaman george graham atau arsene wenger.

kalau nak ikutkan, anak-anak sepupu aku ramai lagi dalam kategori tu. tapi aku ni mana reti layan bebudak kecik gunakan bahasa inggeris. al maklum, budak kampung cakap melayu saja sampai lani. nak cakap inggeris mahu terbelit lidah. ishhhhh ... mana bisa anak melayu tak bisa berbicara dalam bahasa ibunda. krisis identiti? anjakan paradigma?

adik aku pernah tanya depan arwah abah "pashal ape muyut bau busyuk ni" nasib baik dia tak tau tu bau rokok, kalau tidak kantol aku. dengan tenang setenang air yang disangka tiada buaya, aku jawab "pasai tak gosot (perhatikan betapa tebainya loghat kampung aku) gigi la...". "ooooooo ..." selamat....

sekarang kau pun dah pandai hisap rokok ya? cisssss.....

2.2.10

PANDAINYERRRRR

aku ni tak pandai. spm dulu matematik moden dapat p7 dan matematik tambahan dapat f9. kalau dalam sijil spm aku ada 8 subjek je walau aku ambik 9 subjek, rugi!

dalam kebodohan aku ni, aku rasa tak le pandai sangat cadangan memasang 3000 cctv di sepanjang jalan yang dilabel sebagai jalan maut atu merbahaya. agak-agak engkau, berapa ongkosnya tu? jangan tanya aku, aku tak pandai ilmu hisab. aku cuma pandai menghisap rokok dan lain-lain benda yang boleh disedut dan dihisap keenak-enakan.

kalau anak tak pandai menari, perlu ka dibeli video tarian atau dihantar berguru?

kalau penyerang dan ketua pasukan nasional tak pandai menyepak, perlu ke dibeli boot baru atau berlatih lebih keras cara-cara menyumbat gol?

ini sama le dengan berkempen anti merokok tetapi terus menaikkan duti tembakau.

sama le dengan kempen 1 malaysia tapi orang sendiri memanggil kaum-kaum selain melayu sebagai pendatang. yang pendatang tu pulak sensitif sangat apa hal? nak kerakyatan dah diberi. nak kesamaan rata, (tak) diberi. so.... apa lagi? takpa, esok bila aku dah jadi pee M, aku lantik rajagopal jadi raja pulau pinang. aku lantik kingston lee ah pek jadi king melaka. aku lantik daphne iking jadi king sarawak. aku lantik hamid sultan jadi sultan sabah.

yang melayu ni pun satu. kau bawa masuk indon, bangla, burma, nepal ramai-ramai ni pehal? lepas tu kau tak pantau. ni baru betul-betul pendatang. yang mutakhir, yang membimbangkan, yang merungsingkan. mari duduk di apartment aku, nescaya kau akan tahu betapa sakitnya hati dikelilingi mamat-mamat afrika dan uzbek yang macam orang zaman batu. tak de etika dan tak bertamadun betul. mak bapak banyak duit hantar anak-anak belajar kat sini tapi perangai mengalahkan sakai papua new guinea.

aku rasa india merah amerika lagi bersusila la.

STONED

bagi aku steven tyler sangat hodoh. bagi aku juga liv tyler sungguh cantik. tuhan maha kaya dan adil. biarpun steven tyler sangat hodoh, tapi suaranya mantap. frontman aerosmith ni memang bagus mutu vokalnya. mungkin berkat banyak exercise celam celum.

buktinya di bawah ni.



hairannya, zaman aku sekolah dulu tak ramai yang minat band ni. lagu pertama depa yang aku dengar kalau tak silap aku, janie's got a gun kot. rupa-rupanya dah otai pun band ni. ye la, zaman aku kat seremban, band ni dan van halen tak ramai pengikut. aku mula dengar lagu-lagu depa masa kat shah alam. by then, bukan album individu tapi of course, compilation. best, memang best.

kalau nak lentuk, layan angel atau what it takes.

bersyairlah si tyler "and the crying that i do is for you, i want your love, let's break the walls between us.... you're my angel. come and save me tonight, you're my angel, come and make me alright..."

ataupun dia mengalun "tell me what it takes to let you go, tell me how the pain suppose to go .... " mungkin kepada setiap awek yang dia tiduri.

liv, kau dah gemuk ek?

PART II

sodomy II bermula esok.

aduhai. sesak lagi le kompleks mahkamah jalan duta. pagi tadi gara-gara takut disaman polis, aku park di martrade dan berjalan kaki. masa balik, penuh kereta di gigi jalan dan polis yang ramai-ramai tu tak buat apa-apa pun. lahhhh .... dok mengangkang tengah panas je ke? baik pergi tangkap penjenayah daripada tidak berbuat apa-apa. aku nak cadangkan agar mereka ini ditangkap kerana berkumpul tanpa permit. nak kata bertugas, dok melangut tu kerja apa?

sodom tak best. sodomy pun tak best. kes sodomy lagi tak best. yang tertuduh dan mangsa dua-dua sangat-mangat tak best. habis tu, yang korang berbondong-bondong ke mahkamah menyesakkan jalan dan ruang buat apa? apa yang korang dapat? nak sorak reformasi??? dah basiiiii .... nak sokong anwar ibrahim??? dia sentiasa at war. buat apa nak sokong???? oh ya, aku lupa ... kalau takut kalah, jangan berjuang. lawan tetap lawan ...... makkal sakti!!!! ptui!!!!!

yennadei!!!

aku adipek kamu semua. tak kira tua atau muda. tak pasal-pasal aku kena keluar awal supaya dapat parkir dan tak payah menapak jauh-jauh. kamu tahu tak hidup aku dah jadi susah? sungguh tak patut kalian berbuat demikian kepada aku kerana aku tiada sebarang kes dengan kalian. kalau marah nyamuk, gunalah bygone. jangan dibakar kelambu itu.

1.2.10

INJEK

tadi pegi injek vaksin meningitis. lenguh satu tangan. aku tak paham macamana doktor-doktor tak bertauliah tu boleh cucuk lengan depa sendiri berkali-kali. aku yang baru sekali dicucuk dah rasa macam taubat daripada di injek lagi.

cakap pasal injek ni, teringat aku masa masuk khatan dulu. jarum yang first tu ... mak ai, sakitnya. bersempena semangat dan darah keling yang mengalir dalam urat tubuh badan aku, aku keriau sekuat hati tanpa segan silu kepada hadirin dan hadirat yang berada di dalam bilik tuan doktor. lantak kau lah! korang dulu pakai mudim, mana ada injek-injek ni. bila ditanya sakit ke, dengan penuh yakin dan tawaduk aku mengerutkan muka dan angguk lemah. arwah abah aku bilang, alah ... sikit je, anak jantan. baiklah abahku, getus hatiku. aku pun berazam untuk kontrol macho dan menjaga air muka keluarga aku. masuk jarum kedua, aku keriau lagi. tapi kali ni slow le sikit. sampai di rumah, riuh aku kena kutuk. sapa le pecah lobang ni?

tapi tak terlawan sakit di injek dentist yang hendak mencabut gigi geraham aku. aku rasa macam dijemput izrail. nasib baik tak tertendang jantung pisang doktor tu. kalau kaki aku panjang sejengkal lagi, alamat tersenaklah ulu hati sang doktor. sapa le cipta jarum suntikan ni? depa tak tau ke bahaya penyalah-gunaan picagari tu? kan senang pakai macam losyen ke, minyak urut ke, apa ke?

eh ... kalau perlu disapu, apa akan jadi waktu berkhatan kelak apatah lagi ianya akan disapu oleh misi. bebudak sekarang gatal miang dan ter advance sangat dah... huiiiii ... lagi bahaya. tak boleh ... tak boleh ...... nanti banyak kes mahkamah. mahkamah sekarang backlog nya boleh la tahan. kalau kau tak tahan menunggu, baikla upah 3 line kutip utang kamu. ala, depa tu ambik komisen je. tak yah tunggu lama-lama. nak bayar upah peguam lagi. eh???? macam nak tutup periuk nasi sendiri je.

macam nilah, kalau ada masalah perundangan, jangan ambik undang-undang ke dalam tangan sendiri. sekarang bukan zaman koboi atau orang gua batu. sekarang zaman hip hop dan melayu bercakap macam nigger. sekarang zaman menaikmuat foto celah beda ke dalam album di akaun facebook.

natijahnya:-

sorong papan tarik papan
buah keranji dalam perahu
suruh makan engkau makan
suruh mengaji kau buat tak tahu.

ULASAN MALAS DAN TERGENDALA

united tear arsenal to shreds at emirates.

itu bukan kata-kata aku, tapi tajuk berita di akhbar the star.

eh.... jangan la cakap macam tu. dah la hati mereka dirobek-robek pagi tadi melihat meriam buluh terlebih kabait, korang bakar lagi perasaan mereka dengan tajuk yang menghiris hati tu.

aku rasa celcom ada masalah. adik aku sehingga sekarang kini masih belum membalas sms aku yang dihantar jam 2.30 pagi tadi. harap-harap dia dikurniakaan kesihatan tubuh badan dan akal fikiran. semoga dilindungi dari segala mara bahaya.

sedikit imbasan apa yang berlaku.

andrei arshavin, kapten rusia semalam tersilap memilih kasut. aku rasa dia memakai spike dan bukannya boot. cesc fabregas yang dikejar-kejar barcelona (juara tiga piala musim lepas) macam seronok nak celebrate hari wilayah je, main tak ke mana.

sebaliknya anak keling berasal dari portugal yang memakai jersi no 17 man utd begitu lincah menggolek, bergolek dan tergolek. namun sempat menjaringkan 1 gol (kata pengulas, almunia jaring gol sendiri. terer gak goalie skor gol ni) dan membuat 1 assist. pemain sepet dari korea yang namanya diabadikan di suatu jalan di kampungnya membuat 1 jaringan cantik. wayne rooney yang dikata penyerang terbaik england turut menyumbat mulut arsenal dengan menyumbat 1 gol.

separuh pertama selesa 2-0 di hadapan. masuk separuh kedua, dah jadi 3. di 10 minit terakhir sewaktu pemain-pemain man utd sedang berkira-kira nak melawat pub mana, vermalen menjaringkan gol saguhati.

arsene wenger (yang hampir weng) kelihatan sugul masygul dan mengusap-usap kepala sendiri. cuba menenangkan diri daripada diserang angin ahmar atau penyakit jantung berlubang. yang aku pasti, setengah hati dia dah ditoreh pisau belati dan bernanah. tak tau apalah nasib mereka di stamford brdige minggu ini.

fergie, yang kadang-kala aku sayang tapi benci, senyum puas hati.

oh ya.... makian aku semalam banyak dihambur kepada kapten perlawanan. kamu ni, buat aku sakit hati je. nasib baik 2nd half main elok sikit. dan seperti biasanya, kuda tua yang digelar scholesy.

man utd juara? belum pasti, tapi batang aku tengah mencodak ni....

BERITA BEST

agak-agaknya berita apa paling best?

dad of the year? tidak ... tidak sama-sekali. aku tak berapa suka berita ala-ala tiger woods ni. dah kawin beranak-pinak, nak jotos lobang lain lagi apa lobang? makanya, cerita super injunction ni aku buang je ke dalam lobang jamban. dia sedap-sedap jotos lobang, korang kecoh mende wei?

biras aku sms malam tadi, katanya all the best. aku jawab memang dah sentiasa the best, so no worries. keluar barisanaik, aku pening sekejap. aku mengadu kat abang aku, dia diam. sama ada dah tidor atau tak sihat. aiseh .... layan sorang-sorang la pagi ni. lepas tu seorang Goner bernama adik aku pulak sms, ish ... buang duit betullah menjawab sms dia ni. nasib baik adik ipar aku, yang darahnya merah dan memakai serampang ada. tak sia-sia kau jadi adik ipar aku. kalau kau sokong team lain, alamatnya kita jadi pas dan umNO (taknak) la.

seperti yang sepatut dan selayaknya, setan merah tak dapat dikekang. sebaliknya meriam buluh yang terkangkang. di tempat sendiri. aku dengar 1 kedai rambut yang famous di london dah menerima tempahan rambut palsu. gara-gara seorang beruban menarik-narik rambutnya semalam sampai habis luruh.

kehabarnya pembersih stadium merungut-rungut mengutip chewing gum di bangku simpanan pihak visitors. lagi angin bila chewing gum tu disusun dan tertulis "keep the faith". faith???? faith kepala ***** apa? ini budak-budak ingusan hanya layak main di liga youth sahaja. apa barang dan apa lobang suruh bersaing di liga perdana?

orang kata bola itu bulat.

aku kata 4 segi pun tak mengapa, kalau dah champions tu, apa pun bisa.